Sahabat Selamanya

Saturday 26 November 2011

Isu Air Kelantan- 'Pencapaian Diutamakan, Rakyat Tolak Tepi Dulu' ::

       Isu air di Kelantan muncul lagi. Kalau dulu, isu yang dimainkan adalah kegagalan Kelantan untuk membekalkan bekalan air bersih kepada setiap penduduknya. Itu isu dulu. Setelah mendapati rakyat Kelantan tidak terkesan dengan isu tersebut, ia disunting, tetapi tetap berkisar tentang air.

       Laporan akhbar baru-baru ini digegak-gempitakan dengan laporan bahawa air di Kelantan tercemar dan mengandungi logam berbahaya. (mangan kalau tak silap saya yang disebut dalam laporan tersebut). Ramai yang tampil memberikan komen. Daripada pak menteri, sampailah kepada mak cik penjual goreng pisang. Semuanya menyatakan kekecewaan terhadap kerajaan negeri yang gagal menyediakan air bersih kepada rakyat Kelantan.

       Nasib baik tiada laporan polis yang dibuat. Biasalah orang kita, pantang nampak salah sikit, mulalah nak buat laporan polis. Orang ceramah agama pun buat laporan polis, orang bagi pendapat tentang pejuang kemerdekaan pun, buat laporan polis. Lepas tu buat piket. Wartawan ambik gambar, lepas tu bersurai. Lepas piket dan gambar masuk surat khabar, selesai semua masalah. Senangnya.

       Berbalik kita kepada isu air ini. Saya pernah terbaca kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau menyatakan dan memberi jaminan bahawa masalah air di Kelantan bakal diselesaikan jika Barisan Nasional (BN) MEMERINTAH KELANTAN. Itu jaminan beliau sebagai seorang TPM.

       Pun begitu, timbul kemusykilan di fikiran saya. Masalah air tercemar ini akan selesai sekiranya BN memerintah Kelantan? Saya ingin bertanya kepada tuan tubuh, adakah perbelanjaan untuk menyelesaikan masalah air ini akan menggunakan duit PARTI BN, dan bukannya DUIT KERAJAAN? Inilah persoalan yang kalau boleh dijawab dengan terang.

       Ini kerana, jika BN hendak menggunakan kewangan parti tersebut untuk menyelesaikan masalah air tersebut, memang patut mereka menunggu sehingga BN berjaya merampas Kelantan. Itu kalau mereka menggunakan duit BN.

       Tetapi, sekiranya mereka menggunakan duit kerajaan, saya rasa, tidak perlu menunggu perubahan dalam kerajaan negeri untuk membolehkan masalah air ini diselesaikan. Ini kerana, kapasiti NEGERI KELANTAN yang berada di dalam NEGARA MALAYSIA membolehkannya dibantu tanpa melibatkan perubahan politik di negeri tersebut.

       Tidak terlintaskah difikiran, bahawa kenyataan itu menunjukkan bahawa, Kelantan bukan setakat dianaktirikan, tetapi Kelantan telah 'dianakharamkan' yang sentiasa dipandang serong. Kenapa perlu tunggu sehingga BN memerintah Kelantan sedangkan rakyat Kelantan juga bernaung di bawah Perlembagaan yang sama dengan rakyat negeri-negeri lain? Kenapa kerajaan pusat tidak mencuba untuk duduk berbincang dengan kerajaan negeri untuk sama-sama mencari jalan penyelesaiannya?

       Pada saya, slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' seharusnya ditukar kepada 'Pencapaian Diutamakan, Rakyat Tolak Tepi Dulu'. Sebab apa? Bagi BN menang dulu, barulah kita selesaikan masalah air Kelantan yang dikatakan terkotor. Tak gitu?

.................................................................................................................................................................

p/s: artikel ini bukan untuk berpolitik, tetapi luahan seorang rakyat Kelantan yang terkesan dengan kebanyakan laporan akhbar dan kenyataan2 yang dikeluarkan oleh sesetengah pihak.


Thursday 24 November 2011

'Sixth Sense' Seekor Kucing! ::

Dah sebulan lebih 'dia' sakit
Bila tengok keadaan'nya' yang semacam tak bermaya
Aku tahu, 'dia' akan pergi.

Keadaan'nya' begitu teruk
'Dia' langsung tak menjamah makanan yang disediakan
Makanan yang biasa dimakan
Ikan sardin
Ikan rebus
Semuanya hanya dipandang sepi
'Dia' hanya meneruskan hidup dengan meminum air

Aku bersalah pada 'dia'
Dalam 'dia' kesakitan menunggu ajal
Aku boleh tinggalkan 'dia'
Demi mengejar keduniaan.

2 minggu
'Dia' kutinggalkan di rumah
Hati aku kuat mengatakan bahawa
Aku takkan sempat untuk berjumpa dengannya lagi
Itu firasat aku

'Dia' kutinggalkan 
Mata'nya' sayu
Semacam merayu supaya aku tidak pergi
Aku masih terbayang pandangan'nya'
Bila aku usap 'dia' pada pagi Ahad, 13 November 2011 lepas
Aku yakin, itu usapan terakhir.

Tapi, 'dia' mungkin makhluk yang istimewa
Rabu, 23 November 2011
Aku jejakkan kaki ke rumah
Tergamam
'Dia' masih disana
Di tempat sama yang aku tinggalkan'nya' dulu
'Dia' tetap tak berubah
Menunggu saatnya

Ku usap kepala'nya'
Ku belai badan'nya'
'Dia' hanya menunduk
Menahan kesakitan
Semangat'nya' untuk terus hidup
Begitu mengagumkan

Tapi, itu mungkin deria keenam milik'nya'
10 hari dia bertahan
Mungkin untuk berjumpa dengan tuan'nya' untuk kali terakhir
Mungkin untuk melepaskan rindu
Mungkin untuk mengucapkan maaf
Mungkin untuk menyampaikan salam selamat tinggal
Khamis, 24 Novermber 2011
'Dia' tetap pergi
Dan 
'Dia' sememangnya telah pergi
Membawa segala gelagatnya.

Satu kepuasan....
'Dia' dapat jumpa aku
Dan aku dapat usap dia
BUAT KALI TERAKHIR

PUTIH.....
Maaf sebab tak mampu berbuat apa2
Maaf
Maaf
Maaf
Maaf......................

............................................................................................................................................


p/s: tak malu untuk mengaku, semasa artikel ini ditulis, air mata tak berhenti mengalir.
Dan PUTIH, aku kebumikan di tepi tingkap bilikku....supaya aku dapat rasa dia sentiasa ada.


Sunday 20 November 2011

Hidup Kita! ::

Dalam hidup kita ni
Kita kena faham
Ada masanya kita boleh terima
Ada kalanya, langsung tak masuk akal.

Tapi, tak kisahlah
Logik ke tak logik
Benda dah berlaku

Tak pernah terlintas di fikiran aku
Untuk bertemu manusia yang sebegini rupa
Memang betullah
Allah itu Maha Berkuasa
Dia mencipta manusia berbeza
Baik dari segi rupa 
Mahupun sifat

Tapi, kepada yang berkenaan
Tolong...tolong...dan tolong....
Ubah sikap anda
Kita tak akan ke mana dengan sikap membangga diri kita
Lambat laun, orang akan tahu juga kebenarannya.
 
Terimalah teguran aku ni
Tak kisah lah 
Kau nak terima teguran aku sebagai seorang kawan
Sahabat ataupun
Musuh.
 
.......................................................................
 
p/s: kita hidup kat tempat orang ni, kena saling jaga menjaga. Takkan lah coki-coki pun nak sorok bawah bantal....
Kau tak payah bimbang....aku tak akan mintak punyalah..
hahahhahahhahaha
 
 


 






Wednesday 16 November 2011

Gua Musang...ohhhh...Gua Musang!!!!!

Gua Musang
Nama yang tak asing lagi bagi penduduk Kelantan
Gua Musang merupakan daerah paling besar di Kelantan
Letaknya bersempadan dengan Pahang

Orang kata, bila sampai Gua Musang
Tak berkembang pemikiran
Tapi, bagi aku,
Penduduk Gua Musang jauh lebih berkembang
Daripada sesetengah penduduk di bandar2 besar.

Mungkin ada sesetengah daripada mereka yang tak pernah kenal dengan Tesco
Ataupun tak pernah dengar pasal KB Mall, 'shopping mall' terbesar kat Kelantan
Tapi, mereka memang ramah
Suka menghulurkan pertolongan walau tanpa diminta.

Melayu, Cina India dan Orang Asli
Tak pernah nampak perbezaan antara mereka
Mungkin penampilan mereka berbeza antara satu sama lain
Tapi, mereka semua ada hati yang wajar dihormati.

Daerah Gua Musang memang diselenggara dengan baik
PBTnya menjalankan tanggungjawab mereka dengan berkesan
Pantas
Sepantas penguatkuasa MDGM menyaman kenderaan
Ini satu daripada masalah yang menimpa mereka yang singgah di GM

Pihak MDGM tidak sewajarnya memperkenalkan sistem letak kereta berkupon
Gua Musang ini biasanya dijadikan transit oleh sesetengah pihak
Untuk ke Kuala Lumpur
Atau
Balik ke Kelantan
Jadi, kupon letak kereta dilihat tidak praktikal

Letak kereta tak sampai 10 minit
untuk membeli barang di Pasaraya Econjaya
Bila keluar, tengok 'surat jemputan' dah terlekat di cermin kereta
Bagi penduduk tempatan, mereka mungkin dah tahu
Bagi mereka yang jarang2 ke GM
Bersedialah untuk menerima padah.

Makanan Gua Musang
Memang terkenal dengan 'kemahalannya'
Seekor ikan keli
Bersaiz sebesar ibu jari
Tanpa nasi
Berharga RM5
Langsung tak boleh diterima akal.
Tapi, dah ambik...
Takkan nak letak balik
Malu beb....

Apa2 pun, Gua Musang memang best
Dari tingkap bilik
Dapat mengira bilangan bas yang lalu
Tengok lori2 yang besar gedabak
'Racer2' yang tak sayang nyawa
Pendek kata
Walaupun guanya tak bermusang
Tapi
Gua Musang memang best!!

Friday 11 November 2011

Maharaja Lawak Mega Minggu Ke-3

       Overall, minggu ke-3 ni, kurang menyengat. Baik persembahan berkumpulan atau pun secara solo. Peserta-peserta nampak macam terlalu mencuba untuk membuatkan penonton ketawa. 

       Kejutan paling besar tentulah pengumuman Adlin yang berada di 'bottom three'. Selepas cemerlang dengan lawak sebagai perempuan India pada minggu ke-2, ada kekurangan dalam persembahan Adlin minggu ni. Penonton menunggu dengan penuh harapan untuk Adlin tampil dengan 'jokes' yang lebih hebat daripada minggu lepas. Tapi............... Apa2 pun, diharapkan Adlin akan bangkit pada minggu ke-4 nanti.

       Begitu juga dengan Bawal Power (BP). Kumpulan yang dianggotai oleh Bob Kuman ngan Sobri, nampak kurang menyengat setelah 2 minggu berturut2 menghidangkan kita dengan lawak2 spontan yang cukup menggelikan hati. Mungkin masalah yang menimpa Bob, yang menyebabkan segala persediaan mereka terbantut. Tetapi, masih ada bahagian yang memang lawak. 'Salute' pada Bob.

       Saehu dan Bawel dari Indonesia masih mengekalkan lawak klise mereka. Bila nama Saehu dan Bawel diumumkan untuk membuat persembahan, dah terbayang di fikiran macam mana bentuk persembahan mereka. Saehu mesti masih mengekalkan lawak mereka yang kadang2 akan berlaku pertembungan ketika mahu bercakap. Yang lelaki tinggi itu, akan memberikan arahan, dan yang 2 lagi akan 'support'. Ternyata, telahan yang benar. Bawel, sengatnya sudah mulai hilang. Lawak dengan alat muzik dan 'si kecil' itu dibuli, sama seperti 2 minggu sudah. 

       Kumpulan gabungan Singapura dan Malaysia, Syok. Nampak macam kumpulan ni, syok sendiri. Paling tak tahan, bila mana pengkritik jemputan dari Singapura boleh pulak bagi 'thumbs up' kepada mereka. Nampak sangat 'bias'. Sokong dengan Datuk Chef Wan, lawak merapu.

       JH pulak, macam yo-yo. Ada kala best. Ada kala tak best. Tapi, nasib baek minggu ni tak ada ayam yang keluar. Tapi, minggu ni JH memang lawak walaupun lawaknya lambat panas. 

       Osbon. Tak tahu nak cakap apa. Susah nak gelak. Satu-satunya yang menggeletek hati adalah pantun Abon kepada Ac. Yang lain, sorry, susah nk fhm.

       Boboi, Pimai, 3G, dan Hiro, 4 kumpulan yang masih mengekalkan momentum. BP pun sama. Masih mengekalkan momentum mereka. Minggu ni, kredit harus diberikan kepada Boboi dan 3G yang telah berjaya menyelamatkan Maharaja Lawak Mega Minggu 3 denga lawak mereka yang boleh dikategorikan sebagai mega.

       Dan, seperti yang dijanjikan, terdapat 5 penyingkiran pada awal rancangan. Ditambah lagi dengan 1 penyingkiran di pengakhirannya. Banyak tu. Bak kata Afdlin Shauki minggu lepas, "kepala hotak kauu".  Kalau betul nak 12 peserta jer, kenapa tak 'short-listed'kan. Ni tidak, ambik sampai 17 peserta. Membazir kan masa dan tenaga. Tapi, keputusan menyingkirkan keenam-enam peserta tersebut mmg tepat. Caer, Gebu, Rap, Lanun, Comel dan Anje, sayonara!!!!!

       Tetapi, rs2nya, Syok lebih sesuai menggantikan tempat Rap untuk disingkirkan. Sebab dari minggu pertama, lawak kumpulan Syok mmg entah apa2. Rap lebih baek pada minggu pertama, cuma minggu ke2 mereka 'down'. Tapi, keputusan dan dibuat. Terima seadanya. Teringat kat Caca Maharaja Lawak 5. Lawaknya merapu, tp masih mampu bertahan sampai ke minggu ke berapa entah......

       Apa2pun, jom kita tengok, kumpulan2 yang dah tersingkir dan 'top scorer' untuk minggu ni. Layannn....


alaaa...tomey tomey.......


p/s: Tak payah nak 'boo' Datuk Chef Wan ms dia tgh kritik peserta. Betul apa dia cakap?





Thursday 10 November 2011

Berbelit Lidah!! ::

Tak ada idea
Otak tengah blur
Kepala tengah serabut
Jiwa tak tenang
Hati kacau bilau
Fikiran melayang jauh

Arghhhhhhhhh!!!!!!!!!! 
Lupakan semua tu
Hidup mesti ceria, beb.
Walau bermacam dugaan yang melanda
Walau berjuta masalah menimpa
Omputih kata, 'chill'
Barulah hidup kita ni ada makna.

Jom!!!!
Layang 'Tongue Twisters'
Belitkan lidah korang.
..............................................................................................................

While we were walking, we were watching window washers wash Washington's windows with warm washing water.
....................................................................................................

The sixth sheik's sixth sheep's sick. The sixth sheep's sick and it seeks die sixth sheik.
.............................................................................................................

How much cabbage would a rabbit scavenge if a rabbit could scavenge cabbage? If a rabbit could scavenge cabbage, a rabbit would scavenge as much as a rabbit could scavenge.
.............................................................................................................

How much wood would a woodchuck chuck if a woodchuck could chuck wood? If a woodchuck could chuck wood, a woodchuck would chuck as much wood as a woodchuck could chuck.
..............................................................................................................


p/s: Cuba belitkan lidah korang. Boleh ke tak sebut semua ayat-ayat kat atas dalam masa 30 saat. Cabar diri.



Ga-chan kata: puuyyuuu-puppuyuyyuyuyuuy







Monday 7 November 2011

Seloka 4 Lukisan Kejuruteraan 2004::

Mood: Kemas bilik
Dalam asyik berkemas tu
Terjumpa buku KILATAN SMKMM
Belek punya belek
Sampai kat muka surat 147
Mukasurat yang mengandungi SELOKA 4LK
Wah, kenangan lalu terimbau
Jom layan!!!!!
......................................................................................

Assalamuaalaikum pembuka bicara
Dengarilah seloka kami persembahkan
Sebagai penghibur hati yang lara
Tersemat di hati sebagai kenangan.

Jumlah pelajar 27 semuanya
18 puteri, 9 putera
Bila bekerja sentiasa bersama
Itulah 4LK keluarga bahagia.

Orangnya cantik berbudi pekerti
Ke hulu ke hilir menguruskan pelajar
Cikgu Noorashikin empunya diri
Memegang amanah menjaga pelajar.

Diberi amanah menjadi ketua
Orangnya 'handsome' sombong pula
Sekali menjerit lantang suaranya
Mohd Syukri itulah orangnya.

Bila bercakap perlahan suaranya
Bila ketawa riuh sekampung
Hamidah gerangan empunya nama
Penolong tingkatan jawatan disandang.

Peminat Sin-chan itulah dia
Cikgu bercakap dia menulis
Mengacau perempuan itulah hobinya
Siapa lagi kalau bukan Nurudin

Masa belajar selalu berlawak
Masa nak balik gembira sekali
Seorang garang , seorang suka menyampuk
Ikhwani dan Fatin empunya diri.

Cikgu mengajar tiadalah dia
Orangnya nakal, 'handsome' pula
Pandai bercakap pandai berjenaka
Abdul Muiz diberi nama.

Mukanya 'handsome' hitam manis
Gayanya seperti pelakon Hindustan
Pandai bercakap bermulut manis
Itulah Hilmi empunya gerangan.

Mohd Tajul Rosli empunya nama
Matanya luas berserta bulat
Bila dipandang habis tergoda
Percakapannya lembut hati terpikat.

Orangnya cantik bermuka bulta
Sentiasa menjadi kegilaan jejaka
Diberi gelaran sebagai 'si bulat'
Itulah Faiza, gerangan tuannya.

Ke hulu ke hilir sentiasa berdua
Jawatan pengawas disandang bersama
Izzati dan Ida diberi nama
Segala halangan ditempuh jua.

Tiga dara pingitan diberi gelaran
Pergi ke mana-mana sentiasa bersama
Mastura, Izzah dan Ilah empunya gerangan
Sentiasa ceria walau di mana berada.

Orangnya ramah sentiasa mesra
Bercakap, ketawa itulah minatnya
Mohd Zikri diberi nama
Bermulut manis di mana berada.

Jejaka penyabar 'control macho' orangnya
Bab kata mengata dia yang kena
Bila berjalan pasti bergaya
Inilah dia Ismail dan Mazlan kita.

Fathur Abdul Rahman pemuda sepi
Orangnya diam, bolehlah tahan
Pesan guru sentiasa diingati
Untuk mencapai sebuah kejayaan.

Cikgu mengajar, menulis lah dia
Orang berborak, dia ikut serta
Berkulit cerah manis orangnya
Itulah dia, Nurwani diberi nama

Kini sampai juga masanya
3 sahabat punyalah mesra
Lawak jenaka biasalah bagi mereka
Dayah, Hazwani dan Asmahani itulah mereka

Orangnya cantik menjadi idaman
Kalau bercakap, Ya Allah!, suaranya perlahan
Salwani dan Aalia empunya gerangan
Barisan tepi menjadi pilihan

Seorang kadet polis, seorang kadet tentera
Bila bercakap lantang suaranya
Nas dan Munira empunya nama
Bila berjalan sentiasa bersama.

Tibalah masanya untuk penulis seloka
 Kalau pasal orang, sedap 'benor' kamu mengata
Kenapa pasal kamu, kamu tak nak cerita?
Maka dari itu, biarlah aku yang ceritakannya.

Si tukang cerita tak kurang dengan gelagat
Beg yang dibawa ke sekolah, Ya Allah! memang berat
Kami 3 orang pun belum tentu mampu nak angkat
Nurul Husna kata, biasalah, nak ambik berkat.

Bukan nak kutuk jauh mengata
Bagi yang terkena, janganlah terasa
Sekadar nak mengisi kekosongan sahaja
Tanda ikatan kita bersama.

Seloka kami untuk gurauan
Tatapan untuk teman-teman
Kalau terasa harap maafkan
Berjumpa lagi di masa hadapan.
...................................................................................................


Ga-chan kata: puyu - puyupupuyuuu




Saturday 5 November 2011

Pengorbanan yang Tertangguh::

Bila tiba Raya Haji
Kita selalu dihidangkan dengan kisah2 pengorbanan
Tak kisah lah pengorbanan yang macam mana
Ibu bapa berkorban demi anak2
Pelajar SPM berkorban demi peperiksaan
Tak lupa juga
Lembu2 dan kambing2 yang terkorban di hari raya...

...............................................................................

Tapi, lupakah kita?
Masih ada pengorbanan kita yang tertangguh
...............................................................................

Kita masih tangguhkan pengorbanan kita dalam pengabdian diri kepada Allah
Kita masih sukar untuk mengorbankan tabiat buruk kita
Dalam menuju Amal Makruf Nahi Mungkar
Kita masih ringan2 kan solat
Perempuan masih tidak mengenal batasan aurat
Pasangan masih tidak mengenal batas pergaulan
&
Bermacam2 benda lagi
Yang kita sayang untuk tinggalkan
Walaupun ia jelas menyimpang
................................................................................

Pengorbanan kita masih tertangguh untuk Rasul kita
Sukarnya kita dalam mengikut sunnah Baginda
Kebanyakan dari kita
Lebih banyak yang melanggar sunnah Rasulullah
Tak percaya?
Tengok cara makan
Rasulullah berhenti makan sebelum kenyang
Kita?
Tak akan berhenti makan walaupun dah kenyang
Rasulullah sentiasa bersembahyang jemaah
Kita?
Jangan kan sembahyang jemaah
Sembahyang sendiri pun belum tentu lagi
....................................................................

Tertangguhnya pengorbanan kita kepada ibu bapa kita
Kita rasa berat sangat untuk korbankan masa tidur kita
Untuk membantu ibu bapa kita
Kita rasa mahal sangat 'top up' RM10
Untuk kita korbankan untuk kita menelefon mereka
Bertanya khabar
Kita rasa berharga sangat ucapan sayang kita
Kononnya, khusus untuk kekasih kita
Kenapa susah untuk kita korbankan perkataan sayang kepada kekasih kita
Untuk kita berikan kepada ibu bapa kita?
Kita terlalu berkira untuk korbankan setangki minyak
Semata2 untuk pulang menjenguk ibu bapa kita.
Anak....anak........
Jangan tunggu sampai mereka 'terkorban'
Kerana ketika itu,
Kita akan 'terbeban'
............................................................................................................

Pengorbanan untuk kekasih
Bagi mereka yang betul2 faham
Pengorbanan untuk kekasih
Sewajarnya tertangguh
Kerana
Segala pengorbanan yang tertangguh itu akan terbayar
Bilamana ikatan yang sah dimaterai.
........................................................................................

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM....SEMOGA RAYA KALI INI MEMBUATKAN KITA LEBIH BERFIKIRAN TERBUKA TENTANG PENGORBANAN
................................................................................................................................................................

p/s: masih ramai lagi yang tak sanggup korbankan gaji untuk bayar PTPTN....siap iklan dalam TV lagi suruh bayar......Bayar tu memang lah nak bayar, tapi tiap2 bulan 'soru miss'....macam mana tu?
Baru jer nak ada saving, barang2 dah naik harga. Sapa yang salah? Salahuddin kah? FIKIRLAH
Amin.....

Ga-chan kata....puyu puyuuuu










Friday 4 November 2011

Anugerah Skrin 2011::

Anugerah Skrin dah melabuhkan tirai
Keputusan yang paling memuaskan hati
Tentulah kemenangan Abe Sabri Yunus 
Melalui Lakon Layar Terbaik
Pengarah Terbaik
Abe Sabri, demo meme TERBAEKKKK
.............................................

Tapi, ada jugak yang kurang memuaskan hati
Termasuklah kekalahan filem Janin
Sebagai filem terbaik
Apa pun, benda dah lepas.
Tahniah pada pemenang.
...........................................................

Kebanggaan wujud dalam diri
Bila mana fesyen nenek moyang kita dulu
Diangkat martabatnya....
Kalau dulu
Fesyen berkemban ni
Orang pakai masa nak pergi mandi jer
Tapi
Sekarang?
Silap besar lah kita
Kalau kita katakan artis kita dah lupa asal usul
Tengok...
Mana ada diorang lupa.....
Nak tengok artis mana yang berkemban?
Korang cari lah sendiri..
Tak sanggup nak letak dalam ni.

segham syejuk....bak kata Cik Ta


Soal pengisian pulak
Ermmmm
Tengok Amir lagi best
"I'm sorry"
Pengacara nampak macam tak boleh nak 'in'
Persembahan.......
Tak nak komen, (sebab kuciwa)

Penonton pulak
Nampak macam tak 'supportive'
Tepuk sebab terpaksa
Tapi, tak boleh nak salahkan penonton jugak
Sebab
Ramai penyampai yang cuba untuk buat lawak
Tapi sayang
Tak jadi
Jadi, penonton tak tahu apa yang nak ditepukkan

Well,
Rindu dengan Anugerah Skrin 2009
Impaknya terasa
Sebab?
Pemilihan pengacara yang tepat
Afdlin Shauki dan Fara Fauzana
Memang gandingan yang serasi.....


p/s: Lawa baju Alyah masa buat persembahan tadi. Janganlah dipersendakan pemakaian tudung, walaupun kain jarang itu memang bukan tudung. 
Daripada kain jarang tu digunakan untuk tutup kepala, lebih baik dilapiskan untuk tutup paha.
Amin.......

Alyah, I'm falling in love ngan baju U..... (Prof. Sir Tap Hatemaknak)




EPL-Kita 'usha' Spurs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...