Sahabat Selamanya

Saturday 14 January 2012

:: Raja Lawak 6 { Kata Tak Terungkap} ::

       Raja Lawak 6 telah memulakan saingannya. Harapan yang besar disandarkan kepada bakal 'pelakon lawak' untuk menghiburkan hati kita di malam Jumaat. Dengan bersandarkan kepada cif-cif kecik dan diketuai oleh cif besar, nampaknya raja lawak musim ni akan menjanjikan kelainan. Mesti gempak punya lah. Confirm akan lebih lawak daripada Sepah dan Nabil

Ehemmmm.....ehemmmmmmmm

Hari ni, kita bercakap pasal juri-juri Raja Lawak 6 dulu. Saya pasti, tentu dah ramai tahu sape juri2 yang arif lagi bijaksana yang dipilih oleh pihak Astro. Jom usha pasal dia ni dulu. Siapa? Haaaaaaaaaaa
The jury goes to........................................................................................
  
 

 Bukan janji tapi pasti, adoii. Mejar David Teo, belum diundi keluar untuk meneruskan tugasnya mengeluarkan pantun-pantun yang penulis rasa ............... Langsung tak tahu apa komen yang perlu diberikan kepada peserta. Ternganga tukang tengok. Tak tahu apa yang nak disampaikan. 

Last2, gini ahh cakapnya..." you lawak, wa gelak, you tak lawak wa blah. Tapi malam ni, you lawak"
Walaupun pelakon lawak tu langsung tak dapat laughter penonton. Sokong Jozan. Dah macam pertandingan mewarna pulak. 

Senyap. Sunyi. Sepi.

Tak tahulah apa takrif lawak pada pandangan Mejar David Teo. Bernas lagi komen Zainal Abidin Hassan dalam Maharaja Lawajk Mega, walaupun Zainal bukan seorang pelakon apatah lagi pelawak. Kalau setakat nak bagitahu persembahan peserta malam ni, lawak ke tak lawak, Mak Cik Jenab yang jual goreng pisang pun boleh buat.

Mejar David, belajar ngan Uncle Zaibo, macam mana nak jadi pengkritik yang bagus.



Pening dengar komen Mejar...Bukan pasti janji tapi, adoiii




      

Thursday 12 January 2012

:: KEMBALI ::

Lama giler tak update blog
Dah dekat 2 bulan

Kadang-kadang masa membataskan segalanya
Kita sebagai manusia takkan mampu untuk memenuhi segala kehendak kita
Jadi, ada benda yang perlu dikorbankan
Cukup dulu sebagai permulaan 'come back'
Wakakakkakakkakaa

~Takkan lari gunung dikejar~
Kalau tak kejar pun, tak kan lari jugak gunung tu::


Layan cter dlu....Bubye!!!!!!


Saturday 26 November 2011

Isu Air Kelantan- 'Pencapaian Diutamakan, Rakyat Tolak Tepi Dulu' ::

       Isu air di Kelantan muncul lagi. Kalau dulu, isu yang dimainkan adalah kegagalan Kelantan untuk membekalkan bekalan air bersih kepada setiap penduduknya. Itu isu dulu. Setelah mendapati rakyat Kelantan tidak terkesan dengan isu tersebut, ia disunting, tetapi tetap berkisar tentang air.

       Laporan akhbar baru-baru ini digegak-gempitakan dengan laporan bahawa air di Kelantan tercemar dan mengandungi logam berbahaya. (mangan kalau tak silap saya yang disebut dalam laporan tersebut). Ramai yang tampil memberikan komen. Daripada pak menteri, sampailah kepada mak cik penjual goreng pisang. Semuanya menyatakan kekecewaan terhadap kerajaan negeri yang gagal menyediakan air bersih kepada rakyat Kelantan.

       Nasib baik tiada laporan polis yang dibuat. Biasalah orang kita, pantang nampak salah sikit, mulalah nak buat laporan polis. Orang ceramah agama pun buat laporan polis, orang bagi pendapat tentang pejuang kemerdekaan pun, buat laporan polis. Lepas tu buat piket. Wartawan ambik gambar, lepas tu bersurai. Lepas piket dan gambar masuk surat khabar, selesai semua masalah. Senangnya.

       Berbalik kita kepada isu air ini. Saya pernah terbaca kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau menyatakan dan memberi jaminan bahawa masalah air di Kelantan bakal diselesaikan jika Barisan Nasional (BN) MEMERINTAH KELANTAN. Itu jaminan beliau sebagai seorang TPM.

       Pun begitu, timbul kemusykilan di fikiran saya. Masalah air tercemar ini akan selesai sekiranya BN memerintah Kelantan? Saya ingin bertanya kepada tuan tubuh, adakah perbelanjaan untuk menyelesaikan masalah air ini akan menggunakan duit PARTI BN, dan bukannya DUIT KERAJAAN? Inilah persoalan yang kalau boleh dijawab dengan terang.

       Ini kerana, jika BN hendak menggunakan kewangan parti tersebut untuk menyelesaikan masalah air tersebut, memang patut mereka menunggu sehingga BN berjaya merampas Kelantan. Itu kalau mereka menggunakan duit BN.

       Tetapi, sekiranya mereka menggunakan duit kerajaan, saya rasa, tidak perlu menunggu perubahan dalam kerajaan negeri untuk membolehkan masalah air ini diselesaikan. Ini kerana, kapasiti NEGERI KELANTAN yang berada di dalam NEGARA MALAYSIA membolehkannya dibantu tanpa melibatkan perubahan politik di negeri tersebut.

       Tidak terlintaskah difikiran, bahawa kenyataan itu menunjukkan bahawa, Kelantan bukan setakat dianaktirikan, tetapi Kelantan telah 'dianakharamkan' yang sentiasa dipandang serong. Kenapa perlu tunggu sehingga BN memerintah Kelantan sedangkan rakyat Kelantan juga bernaung di bawah Perlembagaan yang sama dengan rakyat negeri-negeri lain? Kenapa kerajaan pusat tidak mencuba untuk duduk berbincang dengan kerajaan negeri untuk sama-sama mencari jalan penyelesaiannya?

       Pada saya, slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' seharusnya ditukar kepada 'Pencapaian Diutamakan, Rakyat Tolak Tepi Dulu'. Sebab apa? Bagi BN menang dulu, barulah kita selesaikan masalah air Kelantan yang dikatakan terkotor. Tak gitu?

.................................................................................................................................................................

p/s: artikel ini bukan untuk berpolitik, tetapi luahan seorang rakyat Kelantan yang terkesan dengan kebanyakan laporan akhbar dan kenyataan2 yang dikeluarkan oleh sesetengah pihak.


Thursday 24 November 2011

'Sixth Sense' Seekor Kucing! ::

Dah sebulan lebih 'dia' sakit
Bila tengok keadaan'nya' yang semacam tak bermaya
Aku tahu, 'dia' akan pergi.

Keadaan'nya' begitu teruk
'Dia' langsung tak menjamah makanan yang disediakan
Makanan yang biasa dimakan
Ikan sardin
Ikan rebus
Semuanya hanya dipandang sepi
'Dia' hanya meneruskan hidup dengan meminum air

Aku bersalah pada 'dia'
Dalam 'dia' kesakitan menunggu ajal
Aku boleh tinggalkan 'dia'
Demi mengejar keduniaan.

2 minggu
'Dia' kutinggalkan di rumah
Hati aku kuat mengatakan bahawa
Aku takkan sempat untuk berjumpa dengannya lagi
Itu firasat aku

'Dia' kutinggalkan 
Mata'nya' sayu
Semacam merayu supaya aku tidak pergi
Aku masih terbayang pandangan'nya'
Bila aku usap 'dia' pada pagi Ahad, 13 November 2011 lepas
Aku yakin, itu usapan terakhir.

Tapi, 'dia' mungkin makhluk yang istimewa
Rabu, 23 November 2011
Aku jejakkan kaki ke rumah
Tergamam
'Dia' masih disana
Di tempat sama yang aku tinggalkan'nya' dulu
'Dia' tetap tak berubah
Menunggu saatnya

Ku usap kepala'nya'
Ku belai badan'nya'
'Dia' hanya menunduk
Menahan kesakitan
Semangat'nya' untuk terus hidup
Begitu mengagumkan

Tapi, itu mungkin deria keenam milik'nya'
10 hari dia bertahan
Mungkin untuk berjumpa dengan tuan'nya' untuk kali terakhir
Mungkin untuk melepaskan rindu
Mungkin untuk mengucapkan maaf
Mungkin untuk menyampaikan salam selamat tinggal
Khamis, 24 Novermber 2011
'Dia' tetap pergi
Dan 
'Dia' sememangnya telah pergi
Membawa segala gelagatnya.

Satu kepuasan....
'Dia' dapat jumpa aku
Dan aku dapat usap dia
BUAT KALI TERAKHIR

PUTIH.....
Maaf sebab tak mampu berbuat apa2
Maaf
Maaf
Maaf
Maaf......................

............................................................................................................................................


p/s: tak malu untuk mengaku, semasa artikel ini ditulis, air mata tak berhenti mengalir.
Dan PUTIH, aku kebumikan di tepi tingkap bilikku....supaya aku dapat rasa dia sentiasa ada.


Sunday 20 November 2011

Hidup Kita! ::

Dalam hidup kita ni
Kita kena faham
Ada masanya kita boleh terima
Ada kalanya, langsung tak masuk akal.

Tapi, tak kisahlah
Logik ke tak logik
Benda dah berlaku

Tak pernah terlintas di fikiran aku
Untuk bertemu manusia yang sebegini rupa
Memang betullah
Allah itu Maha Berkuasa
Dia mencipta manusia berbeza
Baik dari segi rupa 
Mahupun sifat

Tapi, kepada yang berkenaan
Tolong...tolong...dan tolong....
Ubah sikap anda
Kita tak akan ke mana dengan sikap membangga diri kita
Lambat laun, orang akan tahu juga kebenarannya.
 
Terimalah teguran aku ni
Tak kisah lah 
Kau nak terima teguran aku sebagai seorang kawan
Sahabat ataupun
Musuh.
 
.......................................................................
 
p/s: kita hidup kat tempat orang ni, kena saling jaga menjaga. Takkan lah coki-coki pun nak sorok bawah bantal....
Kau tak payah bimbang....aku tak akan mintak punyalah..
hahahhahahhahaha
 
 


 






Wednesday 16 November 2011

Gua Musang...ohhhh...Gua Musang!!!!!

Gua Musang
Nama yang tak asing lagi bagi penduduk Kelantan
Gua Musang merupakan daerah paling besar di Kelantan
Letaknya bersempadan dengan Pahang

Orang kata, bila sampai Gua Musang
Tak berkembang pemikiran
Tapi, bagi aku,
Penduduk Gua Musang jauh lebih berkembang
Daripada sesetengah penduduk di bandar2 besar.

Mungkin ada sesetengah daripada mereka yang tak pernah kenal dengan Tesco
Ataupun tak pernah dengar pasal KB Mall, 'shopping mall' terbesar kat Kelantan
Tapi, mereka memang ramah
Suka menghulurkan pertolongan walau tanpa diminta.

Melayu, Cina India dan Orang Asli
Tak pernah nampak perbezaan antara mereka
Mungkin penampilan mereka berbeza antara satu sama lain
Tapi, mereka semua ada hati yang wajar dihormati.

Daerah Gua Musang memang diselenggara dengan baik
PBTnya menjalankan tanggungjawab mereka dengan berkesan
Pantas
Sepantas penguatkuasa MDGM menyaman kenderaan
Ini satu daripada masalah yang menimpa mereka yang singgah di GM

Pihak MDGM tidak sewajarnya memperkenalkan sistem letak kereta berkupon
Gua Musang ini biasanya dijadikan transit oleh sesetengah pihak
Untuk ke Kuala Lumpur
Atau
Balik ke Kelantan
Jadi, kupon letak kereta dilihat tidak praktikal

Letak kereta tak sampai 10 minit
untuk membeli barang di Pasaraya Econjaya
Bila keluar, tengok 'surat jemputan' dah terlekat di cermin kereta
Bagi penduduk tempatan, mereka mungkin dah tahu
Bagi mereka yang jarang2 ke GM
Bersedialah untuk menerima padah.

Makanan Gua Musang
Memang terkenal dengan 'kemahalannya'
Seekor ikan keli
Bersaiz sebesar ibu jari
Tanpa nasi
Berharga RM5
Langsung tak boleh diterima akal.
Tapi, dah ambik...
Takkan nak letak balik
Malu beb....

Apa2 pun, Gua Musang memang best
Dari tingkap bilik
Dapat mengira bilangan bas yang lalu
Tengok lori2 yang besar gedabak
'Racer2' yang tak sayang nyawa
Pendek kata
Walaupun guanya tak bermusang
Tapi
Gua Musang memang best!!

Friday 11 November 2011

Maharaja Lawak Mega Minggu Ke-3

       Overall, minggu ke-3 ni, kurang menyengat. Baik persembahan berkumpulan atau pun secara solo. Peserta-peserta nampak macam terlalu mencuba untuk membuatkan penonton ketawa. 

       Kejutan paling besar tentulah pengumuman Adlin yang berada di 'bottom three'. Selepas cemerlang dengan lawak sebagai perempuan India pada minggu ke-2, ada kekurangan dalam persembahan Adlin minggu ni. Penonton menunggu dengan penuh harapan untuk Adlin tampil dengan 'jokes' yang lebih hebat daripada minggu lepas. Tapi............... Apa2 pun, diharapkan Adlin akan bangkit pada minggu ke-4 nanti.

       Begitu juga dengan Bawal Power (BP). Kumpulan yang dianggotai oleh Bob Kuman ngan Sobri, nampak kurang menyengat setelah 2 minggu berturut2 menghidangkan kita dengan lawak2 spontan yang cukup menggelikan hati. Mungkin masalah yang menimpa Bob, yang menyebabkan segala persediaan mereka terbantut. Tetapi, masih ada bahagian yang memang lawak. 'Salute' pada Bob.

       Saehu dan Bawel dari Indonesia masih mengekalkan lawak klise mereka. Bila nama Saehu dan Bawel diumumkan untuk membuat persembahan, dah terbayang di fikiran macam mana bentuk persembahan mereka. Saehu mesti masih mengekalkan lawak mereka yang kadang2 akan berlaku pertembungan ketika mahu bercakap. Yang lelaki tinggi itu, akan memberikan arahan, dan yang 2 lagi akan 'support'. Ternyata, telahan yang benar. Bawel, sengatnya sudah mulai hilang. Lawak dengan alat muzik dan 'si kecil' itu dibuli, sama seperti 2 minggu sudah. 

       Kumpulan gabungan Singapura dan Malaysia, Syok. Nampak macam kumpulan ni, syok sendiri. Paling tak tahan, bila mana pengkritik jemputan dari Singapura boleh pulak bagi 'thumbs up' kepada mereka. Nampak sangat 'bias'. Sokong dengan Datuk Chef Wan, lawak merapu.

       JH pulak, macam yo-yo. Ada kala best. Ada kala tak best. Tapi, nasib baek minggu ni tak ada ayam yang keluar. Tapi, minggu ni JH memang lawak walaupun lawaknya lambat panas. 

       Osbon. Tak tahu nak cakap apa. Susah nak gelak. Satu-satunya yang menggeletek hati adalah pantun Abon kepada Ac. Yang lain, sorry, susah nk fhm.

       Boboi, Pimai, 3G, dan Hiro, 4 kumpulan yang masih mengekalkan momentum. BP pun sama. Masih mengekalkan momentum mereka. Minggu ni, kredit harus diberikan kepada Boboi dan 3G yang telah berjaya menyelamatkan Maharaja Lawak Mega Minggu 3 denga lawak mereka yang boleh dikategorikan sebagai mega.

       Dan, seperti yang dijanjikan, terdapat 5 penyingkiran pada awal rancangan. Ditambah lagi dengan 1 penyingkiran di pengakhirannya. Banyak tu. Bak kata Afdlin Shauki minggu lepas, "kepala hotak kauu".  Kalau betul nak 12 peserta jer, kenapa tak 'short-listed'kan. Ni tidak, ambik sampai 17 peserta. Membazir kan masa dan tenaga. Tapi, keputusan menyingkirkan keenam-enam peserta tersebut mmg tepat. Caer, Gebu, Rap, Lanun, Comel dan Anje, sayonara!!!!!

       Tetapi, rs2nya, Syok lebih sesuai menggantikan tempat Rap untuk disingkirkan. Sebab dari minggu pertama, lawak kumpulan Syok mmg entah apa2. Rap lebih baek pada minggu pertama, cuma minggu ke2 mereka 'down'. Tapi, keputusan dan dibuat. Terima seadanya. Teringat kat Caca Maharaja Lawak 5. Lawaknya merapu, tp masih mampu bertahan sampai ke minggu ke berapa entah......

       Apa2pun, jom kita tengok, kumpulan2 yang dah tersingkir dan 'top scorer' untuk minggu ni. Layannn....


alaaa...tomey tomey.......


p/s: Tak payah nak 'boo' Datuk Chef Wan ms dia tgh kritik peserta. Betul apa dia cakap?





Thursday 10 November 2011

Berbelit Lidah!! ::

Tak ada idea
Otak tengah blur
Kepala tengah serabut
Jiwa tak tenang
Hati kacau bilau
Fikiran melayang jauh

Arghhhhhhhhh!!!!!!!!!! 
Lupakan semua tu
Hidup mesti ceria, beb.
Walau bermacam dugaan yang melanda
Walau berjuta masalah menimpa
Omputih kata, 'chill'
Barulah hidup kita ni ada makna.

Jom!!!!
Layang 'Tongue Twisters'
Belitkan lidah korang.
..............................................................................................................

While we were walking, we were watching window washers wash Washington's windows with warm washing water.
....................................................................................................

The sixth sheik's sixth sheep's sick. The sixth sheep's sick and it seeks die sixth sheik.
.............................................................................................................

How much cabbage would a rabbit scavenge if a rabbit could scavenge cabbage? If a rabbit could scavenge cabbage, a rabbit would scavenge as much as a rabbit could scavenge.
.............................................................................................................

How much wood would a woodchuck chuck if a woodchuck could chuck wood? If a woodchuck could chuck wood, a woodchuck would chuck as much wood as a woodchuck could chuck.
..............................................................................................................


p/s: Cuba belitkan lidah korang. Boleh ke tak sebut semua ayat-ayat kat atas dalam masa 30 saat. Cabar diri.



Ga-chan kata: puuyyuuu-puppuyuyyuyuyuuy







Monday 7 November 2011

Seloka 4 Lukisan Kejuruteraan 2004::

Mood: Kemas bilik
Dalam asyik berkemas tu
Terjumpa buku KILATAN SMKMM
Belek punya belek
Sampai kat muka surat 147
Mukasurat yang mengandungi SELOKA 4LK
Wah, kenangan lalu terimbau
Jom layan!!!!!
......................................................................................

Assalamuaalaikum pembuka bicara
Dengarilah seloka kami persembahkan
Sebagai penghibur hati yang lara
Tersemat di hati sebagai kenangan.

Jumlah pelajar 27 semuanya
18 puteri, 9 putera
Bila bekerja sentiasa bersama
Itulah 4LK keluarga bahagia.

Orangnya cantik berbudi pekerti
Ke hulu ke hilir menguruskan pelajar
Cikgu Noorashikin empunya diri
Memegang amanah menjaga pelajar.

Diberi amanah menjadi ketua
Orangnya 'handsome' sombong pula
Sekali menjerit lantang suaranya
Mohd Syukri itulah orangnya.

Bila bercakap perlahan suaranya
Bila ketawa riuh sekampung
Hamidah gerangan empunya nama
Penolong tingkatan jawatan disandang.

Peminat Sin-chan itulah dia
Cikgu bercakap dia menulis
Mengacau perempuan itulah hobinya
Siapa lagi kalau bukan Nurudin

Masa belajar selalu berlawak
Masa nak balik gembira sekali
Seorang garang , seorang suka menyampuk
Ikhwani dan Fatin empunya diri.

Cikgu mengajar tiadalah dia
Orangnya nakal, 'handsome' pula
Pandai bercakap pandai berjenaka
Abdul Muiz diberi nama.

Mukanya 'handsome' hitam manis
Gayanya seperti pelakon Hindustan
Pandai bercakap bermulut manis
Itulah Hilmi empunya gerangan.

Mohd Tajul Rosli empunya nama
Matanya luas berserta bulat
Bila dipandang habis tergoda
Percakapannya lembut hati terpikat.

Orangnya cantik bermuka bulta
Sentiasa menjadi kegilaan jejaka
Diberi gelaran sebagai 'si bulat'
Itulah Faiza, gerangan tuannya.

Ke hulu ke hilir sentiasa berdua
Jawatan pengawas disandang bersama
Izzati dan Ida diberi nama
Segala halangan ditempuh jua.

Tiga dara pingitan diberi gelaran
Pergi ke mana-mana sentiasa bersama
Mastura, Izzah dan Ilah empunya gerangan
Sentiasa ceria walau di mana berada.

Orangnya ramah sentiasa mesra
Bercakap, ketawa itulah minatnya
Mohd Zikri diberi nama
Bermulut manis di mana berada.

Jejaka penyabar 'control macho' orangnya
Bab kata mengata dia yang kena
Bila berjalan pasti bergaya
Inilah dia Ismail dan Mazlan kita.

Fathur Abdul Rahman pemuda sepi
Orangnya diam, bolehlah tahan
Pesan guru sentiasa diingati
Untuk mencapai sebuah kejayaan.

Cikgu mengajar, menulis lah dia
Orang berborak, dia ikut serta
Berkulit cerah manis orangnya
Itulah dia, Nurwani diberi nama

Kini sampai juga masanya
3 sahabat punyalah mesra
Lawak jenaka biasalah bagi mereka
Dayah, Hazwani dan Asmahani itulah mereka

Orangnya cantik menjadi idaman
Kalau bercakap, Ya Allah!, suaranya perlahan
Salwani dan Aalia empunya gerangan
Barisan tepi menjadi pilihan

Seorang kadet polis, seorang kadet tentera
Bila bercakap lantang suaranya
Nas dan Munira empunya nama
Bila berjalan sentiasa bersama.

Tibalah masanya untuk penulis seloka
 Kalau pasal orang, sedap 'benor' kamu mengata
Kenapa pasal kamu, kamu tak nak cerita?
Maka dari itu, biarlah aku yang ceritakannya.

Si tukang cerita tak kurang dengan gelagat
Beg yang dibawa ke sekolah, Ya Allah! memang berat
Kami 3 orang pun belum tentu mampu nak angkat
Nurul Husna kata, biasalah, nak ambik berkat.

Bukan nak kutuk jauh mengata
Bagi yang terkena, janganlah terasa
Sekadar nak mengisi kekosongan sahaja
Tanda ikatan kita bersama.

Seloka kami untuk gurauan
Tatapan untuk teman-teman
Kalau terasa harap maafkan
Berjumpa lagi di masa hadapan.
...................................................................................................


Ga-chan kata: puyu - puyupupuyuuu




Saturday 5 November 2011

Pengorbanan yang Tertangguh::

Bila tiba Raya Haji
Kita selalu dihidangkan dengan kisah2 pengorbanan
Tak kisah lah pengorbanan yang macam mana
Ibu bapa berkorban demi anak2
Pelajar SPM berkorban demi peperiksaan
Tak lupa juga
Lembu2 dan kambing2 yang terkorban di hari raya...

...............................................................................

Tapi, lupakah kita?
Masih ada pengorbanan kita yang tertangguh
...............................................................................

Kita masih tangguhkan pengorbanan kita dalam pengabdian diri kepada Allah
Kita masih sukar untuk mengorbankan tabiat buruk kita
Dalam menuju Amal Makruf Nahi Mungkar
Kita masih ringan2 kan solat
Perempuan masih tidak mengenal batasan aurat
Pasangan masih tidak mengenal batas pergaulan
&
Bermacam2 benda lagi
Yang kita sayang untuk tinggalkan
Walaupun ia jelas menyimpang
................................................................................

Pengorbanan kita masih tertangguh untuk Rasul kita
Sukarnya kita dalam mengikut sunnah Baginda
Kebanyakan dari kita
Lebih banyak yang melanggar sunnah Rasulullah
Tak percaya?
Tengok cara makan
Rasulullah berhenti makan sebelum kenyang
Kita?
Tak akan berhenti makan walaupun dah kenyang
Rasulullah sentiasa bersembahyang jemaah
Kita?
Jangan kan sembahyang jemaah
Sembahyang sendiri pun belum tentu lagi
....................................................................

Tertangguhnya pengorbanan kita kepada ibu bapa kita
Kita rasa berat sangat untuk korbankan masa tidur kita
Untuk membantu ibu bapa kita
Kita rasa mahal sangat 'top up' RM10
Untuk kita korbankan untuk kita menelefon mereka
Bertanya khabar
Kita rasa berharga sangat ucapan sayang kita
Kononnya, khusus untuk kekasih kita
Kenapa susah untuk kita korbankan perkataan sayang kepada kekasih kita
Untuk kita berikan kepada ibu bapa kita?
Kita terlalu berkira untuk korbankan setangki minyak
Semata2 untuk pulang menjenguk ibu bapa kita.
Anak....anak........
Jangan tunggu sampai mereka 'terkorban'
Kerana ketika itu,
Kita akan 'terbeban'
............................................................................................................

Pengorbanan untuk kekasih
Bagi mereka yang betul2 faham
Pengorbanan untuk kekasih
Sewajarnya tertangguh
Kerana
Segala pengorbanan yang tertangguh itu akan terbayar
Bilamana ikatan yang sah dimaterai.
........................................................................................

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM....SEMOGA RAYA KALI INI MEMBUATKAN KITA LEBIH BERFIKIRAN TERBUKA TENTANG PENGORBANAN
................................................................................................................................................................

p/s: masih ramai lagi yang tak sanggup korbankan gaji untuk bayar PTPTN....siap iklan dalam TV lagi suruh bayar......Bayar tu memang lah nak bayar, tapi tiap2 bulan 'soru miss'....macam mana tu?
Baru jer nak ada saving, barang2 dah naik harga. Sapa yang salah? Salahuddin kah? FIKIRLAH
Amin.....

Ga-chan kata....puyu puyuuuu










Friday 4 November 2011

Anugerah Skrin 2011::

Anugerah Skrin dah melabuhkan tirai
Keputusan yang paling memuaskan hati
Tentulah kemenangan Abe Sabri Yunus 
Melalui Lakon Layar Terbaik
Pengarah Terbaik
Abe Sabri, demo meme TERBAEKKKK
.............................................

Tapi, ada jugak yang kurang memuaskan hati
Termasuklah kekalahan filem Janin
Sebagai filem terbaik
Apa pun, benda dah lepas.
Tahniah pada pemenang.
...........................................................

Kebanggaan wujud dalam diri
Bila mana fesyen nenek moyang kita dulu
Diangkat martabatnya....
Kalau dulu
Fesyen berkemban ni
Orang pakai masa nak pergi mandi jer
Tapi
Sekarang?
Silap besar lah kita
Kalau kita katakan artis kita dah lupa asal usul
Tengok...
Mana ada diorang lupa.....
Nak tengok artis mana yang berkemban?
Korang cari lah sendiri..
Tak sanggup nak letak dalam ni.

segham syejuk....bak kata Cik Ta


Soal pengisian pulak
Ermmmm
Tengok Amir lagi best
"I'm sorry"
Pengacara nampak macam tak boleh nak 'in'
Persembahan.......
Tak nak komen, (sebab kuciwa)

Penonton pulak
Nampak macam tak 'supportive'
Tepuk sebab terpaksa
Tapi, tak boleh nak salahkan penonton jugak
Sebab
Ramai penyampai yang cuba untuk buat lawak
Tapi sayang
Tak jadi
Jadi, penonton tak tahu apa yang nak ditepukkan

Well,
Rindu dengan Anugerah Skrin 2009
Impaknya terasa
Sebab?
Pemilihan pengacara yang tepat
Afdlin Shauki dan Fara Fauzana
Memang gandingan yang serasi.....


p/s: Lawa baju Alyah masa buat persembahan tadi. Janganlah dipersendakan pemakaian tudung, walaupun kain jarang itu memang bukan tudung. 
Daripada kain jarang tu digunakan untuk tutup kepala, lebih baik dilapiskan untuk tutup paha.
Amin.......

Alyah, I'm falling in love ngan baju U..... (Prof. Sir Tap Hatemaknak)




Monday 31 October 2011

Rebah di 'Lompat Pagar' Pertama ::

Hujan mencurah-curah di Gua Musang
Seperti mana coklat mencurah-curah ke ladang gandum dalam iklan Koko Krunch
Pagi-pagi, cuaca memang panas terik
Kalau kena cahaya matahari, rasa macam nk 'terbakor' kulit
Harapan untuk melihat kerja-kerja dijalankan, cerah.

Tapi.....
Ku sangka panas sampai ke petang
Rupanya panas sampai tengah hari jer

Segala perancangan terbantut
Apa yang dirancangkan, tak dapat dilaksanakan.

Betullah seperti mana yang diperkatakan
Kita merancang
Allah juga merancang
Tapi
Perancangan Alah itu lebih baik

Kerja-kerja terpaksa dihentikan 
Jentera-jentera tak dapat menerusan kerja
Pemandu-pemandu jentera merungut
'Tokey-tokey' jentera mengeluh
Aku?
'Mengular"...hahahahhaha

Tapi, pasti ad hikmah disebaliknya
 Sekarang memang tidak nampak hikmah itu
Tapi, di suatu hari, akan terbongkar

Walauapapun.......
Kami tetap.........
REBAH DI LOMPATAN PAGAR PERTAMA
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::




Wednesday 26 October 2011

ALLAH Knows Best ::

Allah knows what is best for us
So, why should we complain?

We always want the sunshine
But He knows, there must be rain
We always want laughter
And the merriment of cheer
But our heart will lose their tenderness

If we never shed a teat
Allah tests us often
With suffering and with sorrow
He tests us not to punish us
 But to help us meet tomorrow
For growing trees are strengtened
If we can withstand the storm
And the sharpness of the chisel
Gave the marble its grace and form
Allah test us often
And for every pain
He gives us
Provided we are patient
Is followed by rich gain
So, whenever we feel that
Everything is going wrong
It is just Allah's way
To make our spirit strong. 

TQ Allah ::




Sunday 23 October 2011

Hina Seorang Penjasa

Jenazah Muammar Ghadaffi di tayang di pusat beli belah
Kenapa begitu bodohnya rakyat Libya?
Kalaupun Muammmar Ghadaffi seorang diktator kejam
Setidak-tidaknya Allahyarham masih mempunyai hak 
Hak sebagai seorang Islam 
Untuk kita hormati jenazahnya.


Tewasnya seorang 'singa' Islam di tangan Barat dan Yahudi
Tetapi, kita sebagai umat Islam yang terlebih menyambutnya
Kenapa sampai begitu hinanya bekas pemimpin ini diperlakukan

Kalaulah rakyat Libya rasa bahawa penderitaan mereka akan berakhir selepas era Ghadaffi
Saya rasa, mereka membuat pertimbangan yang silap
Kematian Ghadaffi hanya akan memandu Libya ke arah perang saudara yang lebih teruk
Lihat saja di Iraq
Saddam Hussin telah lama digantung sampai mati
Tetapi, rakyat Iraq tidak mampu hidup dengan aman
Begitu juga dengan Afghanistan
Taliban telah digulingkan sejak 2001
Tetapi, Afghanistan tetap bergolak.

Lupakah mereka
Pada projek yang diilhamkan oleh Muammar Ghadaffi?
Projek yamh memungkinkan untuk membolehkan rakyat Libya bertani
Di sebuah negara padang pasir yang tandus
Lupakah mereka siapa yang memulakan projek 
'Great Man-made River'
Yang pada sesetengah orang 
Mengkategorikan projek ini 
Sebagai Keajaiban Ke-8 Dunia

Great Man-Made River Project 

Ghadaffi mungkin seorang diktator
Tetapi
Ghadaffi jugak yang memandu 'bulldozer'
Merempuh tempok penjara
Untuk membebaskan 400 tahanan.
Lupakah rakyat Libya?

Lupakah Rakyat Libya?
Pemimpin negara mana yang menyuruh 500 wanita untuk memeluk Islam?
Mereka turut dibejkalkan dengan Al-Quran
Kalaulah saya merupakan salah seorang rakyat Libya,
Saya pasti merasa sangat bangga.

Itu hanyalah sekelumit jasa Ghadaffi
Tak perlulah diperingatkan kembali
Kerana rakyat Libya juga sudah lupa!!!!  

Kadang-kadang tertanya sendiri
Kenapa nate NATO tidak melancarkan operasi di Syria dan Yaman?
Sedangkan kerajaan Ali Abdullah Salleh
&
kerajaan Bashar Al-Assaad juga memerangi penunjuk perasaan?
Tepuk dada, tanya iman

p/s: fikiran melayang. Otak sentiasa teringatkan Muammar Ghadaffi, tapi tak tahu kenapa.
Hati berkata "cis, dapat juga Barat ngan Yahudi laknatullah bunuh Ghadaffi".

Al-Fatihah untuk seorang MUAMMAR GHADAFFI dan pejuang-pejuang Islam yang terkorban semasa mempertahankan Libya dari jatuh ke telunjuk Barat

Friday 21 October 2011

UiTM Perak Di Hatiku................

Tengah-tengah serabut macam ni
Dengan masalah kerja
Masalah dengan seseorang
Mulalah nak termenung.
Sambil-sambil termenung tu 
Mulalah kenangan lalu buat lintasan hormat.

UiTM Perak
Sedar tak sedar
Dah 3 tahun ambo tinggalkan UiTM Perak
Banyaknya kenangan kat sana.
Pahit ada,
Manis ada
Masam ada
Masin pun ada.


Haaaaa....
Ni pintu pagar paling depan UiTM Perak
Kat sini lah 'pak-pak gad' ngan 'mak-mak gad' selalu lepak
"Kau, mari sini"
Kata-kata keramat puak2 gad tu.
Dan kat sini jugaklah ambo pernah lepak pukul 4.30 pagi
Baru sampai dari Kelantan 
Gara-gara pak gad tak nak bukak pintu.
Tapi, last2, dia bukak jugak.


Ni pulak bangunan pentadbiran UiTM Perak
Ambo tak taw apa ada kat dalam tu
Yang ambo taw hanya pejabat HEP dan HEA
Yang laen jangan tanya
Ambo tak taw.
hahahhaha


Yang ni, kolej pertama ambo
Kolej Teratai
Bilik ambo di tingkat 2
No bilik....x ingat
Kat sini lah ambo kenal Emi, Safiq, Ayie, Ghaffar, Ghani.
Mereka smua budak Akaun
Ambo sorang jer budak Bangunan.
Tapi, diorang memang TERBAEKKKKKK
Peristiwa yang ambo tak blh lupa kat kolej ni,
tntulah peristiwa ambo terselamat dari bala
Gara2 amukan Pengarah Kampus.
Ambo baru 5 minit naik atas katil,
Tiba2 ada 'ambush' dari Pengarah Kampus
Marah betul dia.
Ambo ingat lag ayat dia,
"Sape2 yang dah tido, teruskan tido, jangan bangun. Kalau bangun, ngan awak2 skali kena"
Apa lagi, pura2 lah tdo.
Walaupun mata asyik mengintai melalui selimut.
Fuhhhhhh...selamat
Tapi, smua 'rumate' ambo kena..
Mengadaplah Tatatertib.
Kesian dorg.....



Teratai tu, kolej ambo untuk semester 1 jer
Start semester 2 sampai habis
Sinilah tempat tinggal ambo
Kolej Damar
Kalau ikut kedudukan geografinya
Kolej ni boleh diibaratkan macam Daerah Gerik
Daerah paling hujung
Tapi, best tinggal kat sini
Bilik luas
Dekat dengan downtown
Cuma agak jauh dari kolej
Dan,
Sebab nak balik ke kolej ni lah
Ambo berkenalan dengan 'DIA'
ehehhehehhehe
Damar......u'll always in my heart
cewahhhhhh


Fakulti Senibina, Perancangan Dan Ukur (FSPU)
Kat fakulti ni lah kebanyakan kuliah ambo berjalan
Macam-macam ragam pensyarah yang ada kat sini
Ada yang terlalu baik macam En. Fareh Majid
Yang lembut macam Puan Suryani
Yang tegas macam En. Anas Zafirol
Yang 'gila2' mcm En. Rasyidi
'Jamal Abdillah' En. Sallehan pun ada
"Ko ok x ok ni?", trademark yang selalu En. Dzulkarnaen guna
Yang kelakar dalam diam, En Wan Akmal Zahari
Yang sekepala ngan student, Puan Azira
Yang kadang2 tegas, kdg2 baek, Puan Jamiah Tun Jamil
KP En Azamuddin
Ibu, Puan Normila
Yang sempoi, Puan Diana
Byk lagi lah.
 Teringat pulak
Gaduh sebab assignment
Rapat pun sebab assignment
Teringat pulak 
Masa kongsi payung kecik ngan dia
Dua2 basah masa masuk kelas
Ermmmmmmm
Best nya moment tu

Memang masa lalu tak boleh diputar
Tapi, kenangan lalu sama sekali tidak akan dipadam
Biarlah ia menjadi memori indah dalam kehidupan kita
Uitm Perak ambo tinggalkan dengan perasaan bercampur baur
Demi melangkah ke alam baru
Sekarang, fokus ambo pada kerja
Bintang Murni Development Sdn.Bhd
Destinasi baru ambo.
Sayonara...UiTM Perak 


p/s: buat kawan2, ambo mintak maaf sgt2 kalau ada perbuatan dan tingkah laku ambo yang tak berkenan di hati kalian. Saat bersama kalian mmg cukup...cukup....indah........
Thanks for that moment

*ingt lg kata2 Ghaffar time ambo takut nak makan ubat masa demam
"Kalau kau taknak makan ubat, baik kau telefon mak kau, mintak maaf ngan dia. Mana taw, ko akan mati malam ni" 
Terima kasih utk air milo panas ngan biskut untk aku alas perut sebelum makan ubat. 



Thursday 20 October 2011

Muammar Ghadaffi-Dari Kaca Mata Seseorang Yang Tidak Mengenalinya.



Muammar Ghadaffi
Dilaporkan telah terbunuh
Di tanah tumpah darahnya
Bandar Sirte, Libya.
Ini janji beliau, dan beliau kotakan
Untuk terus berjuang dan mati di Libya

Ghadaffi seorang pemimpin yang sangant unik
Ketika pemimpin2 lain memilih untuk menginap di hotel2 mewah
Saat melakukan lawatan ke luar negara
Tapi beliau tetap dengan tradisinya
Menginap di khemah ala2 badwi.
Beliau sentiasa dikawal oleh pengawal peribadi perempuan
Yang sentiasa menjadi perdebatan umum. 
Tapi, itulah uniknya Muammar Ghadaffi.... 

Beliau dicatatkan sebagai salah seorang pemimpin yang paling lama memerintah
42 tahun, bermula pada tahun 1969 selepas menggulingkan Raja Idris
Tapi, menjelang hari raya, negara pimpinan beliau jatuh ke tangan pemberontak
Dengan bantuan AS dan NATO
Rasa2nya lah, kalau tanpa bantuan kedua-duan kafir- laknatullah itu,
Akan tumbangkan Ghadaffi?

Terus terang saya cakap
Saya hormati beliau
Beliau salah seorang pemimpin Islam yang berani menentang Barat
Perjuangannya menentang Barat sentiasa konsisten.

Bagi rakyat Libya, ini jasa Ghadaffi yang dilupakan (tribute to YB Zul Nordin) 

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan skim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;


Tapi, kalau berita yang diterima ini sahih
Semua kenyataan di atas hanya tinggal sejarah.
Dunia Islam kehilangan seorang panglima

Istana seorang pemimpin 
Tiada lagi senyuman seorang 'SINGA"

  Saya harap
Kerajaan baru NTC Libya
Tidak akan tunduk pada Barat
Sebagaimana yang dilakukan oleh
Seorang yang bergelar KOLONEL MUAMMAR GHADAFFI 

p/s: Ke mana saja Muammar Ghadafi pergi, beliau akan kerap mengenakan pakaian tradisi Libya. Bangganya beliau dengan bangsanya. Kita? Hanya bangga di mulut.
Amin ...............



Wednesday 19 October 2011

Jom!!!! Maen Ujan..........

Semalam ujan
Ari nie pun ujan
Esok pun, mintak2 lh ujan.

Apa ada pada ujan?
Best oooo maen ujan
Terimbau kenangan zaman budak2 dlu
Bila hujan trun jer
Kitorang terus turun ke bawah
Ada yang keluar ikut pintu
Yang kluar ikut tingkap pun ad jugak

Maen kejar2
Sengaja jalan hentak2 kaki
Nak sruh air memercik
Pastu mandi hujan di cucuran atap
Sambung maen kejar2 balik
Sampaikan ad yang telanjang bulat
Dah tak de rasa malu pun
Yang ada
Cuma rasa seronok maen hujan
Indahnya saat tu.

sekadar gambar hiasan.hehehhee   

Sekarang smua dah besar
Kalau ad budak2 pn
Smuanya dah cerdik
Tak ada lg kanak2 berkejaran dalam hujan
Takde lagi hilai tawa gelakkan satu sama laen 
Takde lagi sorakan bila hujan turun
Ermmmmmmm
Mereka dewasa tak seiring waktu.


Sekarang
Baek kanak2, baek dewasa
Smua takut ngan hujan
Kilat lh
Hujan asid lah
Sakit kepala lh kalau kena hujan
Smua nk lari dari ujan 

I pun takut ngan ujan, you....  

ANDAI DAPAT...KUUNDURKAN PUTARAN DUNIA.....


Tuesday 18 October 2011

Adik Tunggu Mak Di Syurga!!!!!


Mak
Adik pergi dulu
&
Adik akan tunggu mak di syurga!!!!!

Tapi,
Perlu ke adik tunggu mak kat sana?
Berbaloi ke?

Apa-apapun, mak
Terima kasih sebab lahirkan adik
Walaupun adik hanya mampu melihat dunia buat seketika cuma

Terima kasih sebab 'belai' adik
Apa yang pasti, adik dah dijanjikan syurga
Tapi, mak?

Adik sayang Mak!!!! 


p/s: Gambar bayi yang dikelar dengan pisau pemotong sayur oleh ibunya yang berusia 16 thun disebabkan pihak keluarga lelaki tidak mahu menerima anak yang dikandungnya.

Monday 17 October 2011

B.B.B (Blog Bertukar Baju)

Selesai!
Blur
Acu cuba try test style baru.
Sebab dah tak ade kerja sangat nak buat.
So, habiskan masa shopping untuk blog.


--------------------------------------------------------------------------------

Sunday 16 October 2011

Filem: 3/4 ALAM



SEBUAH FILEM TERBITAN DR ROZMAN

Cerita ini mengisahkan 
tentang 6 sekumpulan remaja (remaja ke korang?)
yang melakukan trip ke pulau lagenda
Pulau Langkawi.

Kisahnya bermula apabila mereka disediakan sebuah van
yang dipercayai berpenunggu.

Dibarisi oleh para pelakon handalan tanah air

Pelakon utama: Nurasyikin bt Alias (ekin mawa) 
Pelakon pembantu: Hazirah bt Alias (azie abdillah)
Pelakon tambahan: Nasmiza bt Mat Nasir (kak nas)
Watak antagonis: ..................
'Cameraman' merangkap suara latar: Ahmad Sharil Hafiza (shasha)
Wardrobe: Mohd Ikhwan (ketegaq)
Logistik: Wan Mohd Hud (abe we)

 Antara babak yang akan dinantikan oleh penonton:
"aku dah lah lemah bab2 ular ni, bengong"
serta
mengimbas kembali cara gelak jin dalam Ahmad Albab yang dialihkan suara oleh Shasha 


"PABILA VAN DIJADIKAN KENDERAAN, ADA YANG MERUNGUT" 

Nantikan kemunculan filem ini di halaman2 rumah anda...
 Bukan janji tapi pasti.........

p/s: cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tiada kena-mengena dengan yang masih hidup atau meninggal dunia. 
(ckp ore ggnu, pok2 mu keno lebong blake) 





EPL-Kita 'usha' Spurs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...