Sahabat Selamanya

Friday 11 November 2011

Maharaja Lawak Mega Minggu Ke-3

       Overall, minggu ke-3 ni, kurang menyengat. Baik persembahan berkumpulan atau pun secara solo. Peserta-peserta nampak macam terlalu mencuba untuk membuatkan penonton ketawa. 

       Kejutan paling besar tentulah pengumuman Adlin yang berada di 'bottom three'. Selepas cemerlang dengan lawak sebagai perempuan India pada minggu ke-2, ada kekurangan dalam persembahan Adlin minggu ni. Penonton menunggu dengan penuh harapan untuk Adlin tampil dengan 'jokes' yang lebih hebat daripada minggu lepas. Tapi............... Apa2 pun, diharapkan Adlin akan bangkit pada minggu ke-4 nanti.

       Begitu juga dengan Bawal Power (BP). Kumpulan yang dianggotai oleh Bob Kuman ngan Sobri, nampak kurang menyengat setelah 2 minggu berturut2 menghidangkan kita dengan lawak2 spontan yang cukup menggelikan hati. Mungkin masalah yang menimpa Bob, yang menyebabkan segala persediaan mereka terbantut. Tetapi, masih ada bahagian yang memang lawak. 'Salute' pada Bob.

       Saehu dan Bawel dari Indonesia masih mengekalkan lawak klise mereka. Bila nama Saehu dan Bawel diumumkan untuk membuat persembahan, dah terbayang di fikiran macam mana bentuk persembahan mereka. Saehu mesti masih mengekalkan lawak mereka yang kadang2 akan berlaku pertembungan ketika mahu bercakap. Yang lelaki tinggi itu, akan memberikan arahan, dan yang 2 lagi akan 'support'. Ternyata, telahan yang benar. Bawel, sengatnya sudah mulai hilang. Lawak dengan alat muzik dan 'si kecil' itu dibuli, sama seperti 2 minggu sudah. 

       Kumpulan gabungan Singapura dan Malaysia, Syok. Nampak macam kumpulan ni, syok sendiri. Paling tak tahan, bila mana pengkritik jemputan dari Singapura boleh pulak bagi 'thumbs up' kepada mereka. Nampak sangat 'bias'. Sokong dengan Datuk Chef Wan, lawak merapu.

       JH pulak, macam yo-yo. Ada kala best. Ada kala tak best. Tapi, nasib baek minggu ni tak ada ayam yang keluar. Tapi, minggu ni JH memang lawak walaupun lawaknya lambat panas. 

       Osbon. Tak tahu nak cakap apa. Susah nak gelak. Satu-satunya yang menggeletek hati adalah pantun Abon kepada Ac. Yang lain, sorry, susah nk fhm.

       Boboi, Pimai, 3G, dan Hiro, 4 kumpulan yang masih mengekalkan momentum. BP pun sama. Masih mengekalkan momentum mereka. Minggu ni, kredit harus diberikan kepada Boboi dan 3G yang telah berjaya menyelamatkan Maharaja Lawak Mega Minggu 3 denga lawak mereka yang boleh dikategorikan sebagai mega.

       Dan, seperti yang dijanjikan, terdapat 5 penyingkiran pada awal rancangan. Ditambah lagi dengan 1 penyingkiran di pengakhirannya. Banyak tu. Bak kata Afdlin Shauki minggu lepas, "kepala hotak kauu".  Kalau betul nak 12 peserta jer, kenapa tak 'short-listed'kan. Ni tidak, ambik sampai 17 peserta. Membazir kan masa dan tenaga. Tapi, keputusan menyingkirkan keenam-enam peserta tersebut mmg tepat. Caer, Gebu, Rap, Lanun, Comel dan Anje, sayonara!!!!!

       Tetapi, rs2nya, Syok lebih sesuai menggantikan tempat Rap untuk disingkirkan. Sebab dari minggu pertama, lawak kumpulan Syok mmg entah apa2. Rap lebih baek pada minggu pertama, cuma minggu ke2 mereka 'down'. Tapi, keputusan dan dibuat. Terima seadanya. Teringat kat Caca Maharaja Lawak 5. Lawaknya merapu, tp masih mampu bertahan sampai ke minggu ke berapa entah......

       Apa2pun, jom kita tengok, kumpulan2 yang dah tersingkir dan 'top scorer' untuk minggu ni. Layannn....


alaaa...tomey tomey.......


p/s: Tak payah nak 'boo' Datuk Chef Wan ms dia tgh kritik peserta. Betul apa dia cakap?





1 comment:

Apa Kata Korang?....jom KITA kongsi....

EPL-Kita 'usha' Spurs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...