Sahabat Selamanya

Monday 7 November 2011

Seloka 4 Lukisan Kejuruteraan 2004::

Mood: Kemas bilik
Dalam asyik berkemas tu
Terjumpa buku KILATAN SMKMM
Belek punya belek
Sampai kat muka surat 147
Mukasurat yang mengandungi SELOKA 4LK
Wah, kenangan lalu terimbau
Jom layan!!!!!
......................................................................................

Assalamuaalaikum pembuka bicara
Dengarilah seloka kami persembahkan
Sebagai penghibur hati yang lara
Tersemat di hati sebagai kenangan.

Jumlah pelajar 27 semuanya
18 puteri, 9 putera
Bila bekerja sentiasa bersama
Itulah 4LK keluarga bahagia.

Orangnya cantik berbudi pekerti
Ke hulu ke hilir menguruskan pelajar
Cikgu Noorashikin empunya diri
Memegang amanah menjaga pelajar.

Diberi amanah menjadi ketua
Orangnya 'handsome' sombong pula
Sekali menjerit lantang suaranya
Mohd Syukri itulah orangnya.

Bila bercakap perlahan suaranya
Bila ketawa riuh sekampung
Hamidah gerangan empunya nama
Penolong tingkatan jawatan disandang.

Peminat Sin-chan itulah dia
Cikgu bercakap dia menulis
Mengacau perempuan itulah hobinya
Siapa lagi kalau bukan Nurudin

Masa belajar selalu berlawak
Masa nak balik gembira sekali
Seorang garang , seorang suka menyampuk
Ikhwani dan Fatin empunya diri.

Cikgu mengajar tiadalah dia
Orangnya nakal, 'handsome' pula
Pandai bercakap pandai berjenaka
Abdul Muiz diberi nama.

Mukanya 'handsome' hitam manis
Gayanya seperti pelakon Hindustan
Pandai bercakap bermulut manis
Itulah Hilmi empunya gerangan.

Mohd Tajul Rosli empunya nama
Matanya luas berserta bulat
Bila dipandang habis tergoda
Percakapannya lembut hati terpikat.

Orangnya cantik bermuka bulta
Sentiasa menjadi kegilaan jejaka
Diberi gelaran sebagai 'si bulat'
Itulah Faiza, gerangan tuannya.

Ke hulu ke hilir sentiasa berdua
Jawatan pengawas disandang bersama
Izzati dan Ida diberi nama
Segala halangan ditempuh jua.

Tiga dara pingitan diberi gelaran
Pergi ke mana-mana sentiasa bersama
Mastura, Izzah dan Ilah empunya gerangan
Sentiasa ceria walau di mana berada.

Orangnya ramah sentiasa mesra
Bercakap, ketawa itulah minatnya
Mohd Zikri diberi nama
Bermulut manis di mana berada.

Jejaka penyabar 'control macho' orangnya
Bab kata mengata dia yang kena
Bila berjalan pasti bergaya
Inilah dia Ismail dan Mazlan kita.

Fathur Abdul Rahman pemuda sepi
Orangnya diam, bolehlah tahan
Pesan guru sentiasa diingati
Untuk mencapai sebuah kejayaan.

Cikgu mengajar, menulis lah dia
Orang berborak, dia ikut serta
Berkulit cerah manis orangnya
Itulah dia, Nurwani diberi nama

Kini sampai juga masanya
3 sahabat punyalah mesra
Lawak jenaka biasalah bagi mereka
Dayah, Hazwani dan Asmahani itulah mereka

Orangnya cantik menjadi idaman
Kalau bercakap, Ya Allah!, suaranya perlahan
Salwani dan Aalia empunya gerangan
Barisan tepi menjadi pilihan

Seorang kadet polis, seorang kadet tentera
Bila bercakap lantang suaranya
Nas dan Munira empunya nama
Bila berjalan sentiasa bersama.

Tibalah masanya untuk penulis seloka
 Kalau pasal orang, sedap 'benor' kamu mengata
Kenapa pasal kamu, kamu tak nak cerita?
Maka dari itu, biarlah aku yang ceritakannya.

Si tukang cerita tak kurang dengan gelagat
Beg yang dibawa ke sekolah, Ya Allah! memang berat
Kami 3 orang pun belum tentu mampu nak angkat
Nurul Husna kata, biasalah, nak ambik berkat.

Bukan nak kutuk jauh mengata
Bagi yang terkena, janganlah terasa
Sekadar nak mengisi kekosongan sahaja
Tanda ikatan kita bersama.

Seloka kami untuk gurauan
Tatapan untuk teman-teman
Kalau terasa harap maafkan
Berjumpa lagi di masa hadapan.
...................................................................................................


Ga-chan kata: puyu - puyupupuyuuu




No comments:

Post a Comment

Apa Kata Korang?....jom KITA kongsi....

EPL-Kita 'usha' Spurs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...