Sahabat Selamanya

Monday 31 October 2011

Rebah di 'Lompat Pagar' Pertama ::

Hujan mencurah-curah di Gua Musang
Seperti mana coklat mencurah-curah ke ladang gandum dalam iklan Koko Krunch
Pagi-pagi, cuaca memang panas terik
Kalau kena cahaya matahari, rasa macam nk 'terbakor' kulit
Harapan untuk melihat kerja-kerja dijalankan, cerah.

Tapi.....
Ku sangka panas sampai ke petang
Rupanya panas sampai tengah hari jer

Segala perancangan terbantut
Apa yang dirancangkan, tak dapat dilaksanakan.

Betullah seperti mana yang diperkatakan
Kita merancang
Allah juga merancang
Tapi
Perancangan Alah itu lebih baik

Kerja-kerja terpaksa dihentikan 
Jentera-jentera tak dapat menerusan kerja
Pemandu-pemandu jentera merungut
'Tokey-tokey' jentera mengeluh
Aku?
'Mengular"...hahahahhaha

Tapi, pasti ad hikmah disebaliknya
 Sekarang memang tidak nampak hikmah itu
Tapi, di suatu hari, akan terbongkar

Walauapapun.......
Kami tetap.........
REBAH DI LOMPATAN PAGAR PERTAMA
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::




Wednesday 26 October 2011

ALLAH Knows Best ::

Allah knows what is best for us
So, why should we complain?

We always want the sunshine
But He knows, there must be rain
We always want laughter
And the merriment of cheer
But our heart will lose their tenderness

If we never shed a teat
Allah tests us often
With suffering and with sorrow
He tests us not to punish us
 But to help us meet tomorrow
For growing trees are strengtened
If we can withstand the storm
And the sharpness of the chisel
Gave the marble its grace and form
Allah test us often
And for every pain
He gives us
Provided we are patient
Is followed by rich gain
So, whenever we feel that
Everything is going wrong
It is just Allah's way
To make our spirit strong. 

TQ Allah ::




Sunday 23 October 2011

Hina Seorang Penjasa

Jenazah Muammar Ghadaffi di tayang di pusat beli belah
Kenapa begitu bodohnya rakyat Libya?
Kalaupun Muammmar Ghadaffi seorang diktator kejam
Setidak-tidaknya Allahyarham masih mempunyai hak 
Hak sebagai seorang Islam 
Untuk kita hormati jenazahnya.


Tewasnya seorang 'singa' Islam di tangan Barat dan Yahudi
Tetapi, kita sebagai umat Islam yang terlebih menyambutnya
Kenapa sampai begitu hinanya bekas pemimpin ini diperlakukan

Kalaulah rakyat Libya rasa bahawa penderitaan mereka akan berakhir selepas era Ghadaffi
Saya rasa, mereka membuat pertimbangan yang silap
Kematian Ghadaffi hanya akan memandu Libya ke arah perang saudara yang lebih teruk
Lihat saja di Iraq
Saddam Hussin telah lama digantung sampai mati
Tetapi, rakyat Iraq tidak mampu hidup dengan aman
Begitu juga dengan Afghanistan
Taliban telah digulingkan sejak 2001
Tetapi, Afghanistan tetap bergolak.

Lupakah mereka
Pada projek yang diilhamkan oleh Muammar Ghadaffi?
Projek yamh memungkinkan untuk membolehkan rakyat Libya bertani
Di sebuah negara padang pasir yang tandus
Lupakah mereka siapa yang memulakan projek 
'Great Man-made River'
Yang pada sesetengah orang 
Mengkategorikan projek ini 
Sebagai Keajaiban Ke-8 Dunia

Great Man-Made River Project 

Ghadaffi mungkin seorang diktator
Tetapi
Ghadaffi jugak yang memandu 'bulldozer'
Merempuh tempok penjara
Untuk membebaskan 400 tahanan.
Lupakah rakyat Libya?

Lupakah Rakyat Libya?
Pemimpin negara mana yang menyuruh 500 wanita untuk memeluk Islam?
Mereka turut dibejkalkan dengan Al-Quran
Kalaulah saya merupakan salah seorang rakyat Libya,
Saya pasti merasa sangat bangga.

Itu hanyalah sekelumit jasa Ghadaffi
Tak perlulah diperingatkan kembali
Kerana rakyat Libya juga sudah lupa!!!!  

Kadang-kadang tertanya sendiri
Kenapa nate NATO tidak melancarkan operasi di Syria dan Yaman?
Sedangkan kerajaan Ali Abdullah Salleh
&
kerajaan Bashar Al-Assaad juga memerangi penunjuk perasaan?
Tepuk dada, tanya iman

p/s: fikiran melayang. Otak sentiasa teringatkan Muammar Ghadaffi, tapi tak tahu kenapa.
Hati berkata "cis, dapat juga Barat ngan Yahudi laknatullah bunuh Ghadaffi".

Al-Fatihah untuk seorang MUAMMAR GHADAFFI dan pejuang-pejuang Islam yang terkorban semasa mempertahankan Libya dari jatuh ke telunjuk Barat

Friday 21 October 2011

UiTM Perak Di Hatiku................

Tengah-tengah serabut macam ni
Dengan masalah kerja
Masalah dengan seseorang
Mulalah nak termenung.
Sambil-sambil termenung tu 
Mulalah kenangan lalu buat lintasan hormat.

UiTM Perak
Sedar tak sedar
Dah 3 tahun ambo tinggalkan UiTM Perak
Banyaknya kenangan kat sana.
Pahit ada,
Manis ada
Masam ada
Masin pun ada.


Haaaaa....
Ni pintu pagar paling depan UiTM Perak
Kat sini lah 'pak-pak gad' ngan 'mak-mak gad' selalu lepak
"Kau, mari sini"
Kata-kata keramat puak2 gad tu.
Dan kat sini jugaklah ambo pernah lepak pukul 4.30 pagi
Baru sampai dari Kelantan 
Gara-gara pak gad tak nak bukak pintu.
Tapi, last2, dia bukak jugak.


Ni pulak bangunan pentadbiran UiTM Perak
Ambo tak taw apa ada kat dalam tu
Yang ambo taw hanya pejabat HEP dan HEA
Yang laen jangan tanya
Ambo tak taw.
hahahhaha


Yang ni, kolej pertama ambo
Kolej Teratai
Bilik ambo di tingkat 2
No bilik....x ingat
Kat sini lah ambo kenal Emi, Safiq, Ayie, Ghaffar, Ghani.
Mereka smua budak Akaun
Ambo sorang jer budak Bangunan.
Tapi, diorang memang TERBAEKKKKKK
Peristiwa yang ambo tak blh lupa kat kolej ni,
tntulah peristiwa ambo terselamat dari bala
Gara2 amukan Pengarah Kampus.
Ambo baru 5 minit naik atas katil,
Tiba2 ada 'ambush' dari Pengarah Kampus
Marah betul dia.
Ambo ingat lag ayat dia,
"Sape2 yang dah tido, teruskan tido, jangan bangun. Kalau bangun, ngan awak2 skali kena"
Apa lagi, pura2 lah tdo.
Walaupun mata asyik mengintai melalui selimut.
Fuhhhhhh...selamat
Tapi, smua 'rumate' ambo kena..
Mengadaplah Tatatertib.
Kesian dorg.....



Teratai tu, kolej ambo untuk semester 1 jer
Start semester 2 sampai habis
Sinilah tempat tinggal ambo
Kolej Damar
Kalau ikut kedudukan geografinya
Kolej ni boleh diibaratkan macam Daerah Gerik
Daerah paling hujung
Tapi, best tinggal kat sini
Bilik luas
Dekat dengan downtown
Cuma agak jauh dari kolej
Dan,
Sebab nak balik ke kolej ni lah
Ambo berkenalan dengan 'DIA'
ehehhehehhehe
Damar......u'll always in my heart
cewahhhhhh


Fakulti Senibina, Perancangan Dan Ukur (FSPU)
Kat fakulti ni lah kebanyakan kuliah ambo berjalan
Macam-macam ragam pensyarah yang ada kat sini
Ada yang terlalu baik macam En. Fareh Majid
Yang lembut macam Puan Suryani
Yang tegas macam En. Anas Zafirol
Yang 'gila2' mcm En. Rasyidi
'Jamal Abdillah' En. Sallehan pun ada
"Ko ok x ok ni?", trademark yang selalu En. Dzulkarnaen guna
Yang kelakar dalam diam, En Wan Akmal Zahari
Yang sekepala ngan student, Puan Azira
Yang kadang2 tegas, kdg2 baek, Puan Jamiah Tun Jamil
KP En Azamuddin
Ibu, Puan Normila
Yang sempoi, Puan Diana
Byk lagi lah.
 Teringat pulak
Gaduh sebab assignment
Rapat pun sebab assignment
Teringat pulak 
Masa kongsi payung kecik ngan dia
Dua2 basah masa masuk kelas
Ermmmmmmm
Best nya moment tu

Memang masa lalu tak boleh diputar
Tapi, kenangan lalu sama sekali tidak akan dipadam
Biarlah ia menjadi memori indah dalam kehidupan kita
Uitm Perak ambo tinggalkan dengan perasaan bercampur baur
Demi melangkah ke alam baru
Sekarang, fokus ambo pada kerja
Bintang Murni Development Sdn.Bhd
Destinasi baru ambo.
Sayonara...UiTM Perak 


p/s: buat kawan2, ambo mintak maaf sgt2 kalau ada perbuatan dan tingkah laku ambo yang tak berkenan di hati kalian. Saat bersama kalian mmg cukup...cukup....indah........
Thanks for that moment

*ingt lg kata2 Ghaffar time ambo takut nak makan ubat masa demam
"Kalau kau taknak makan ubat, baik kau telefon mak kau, mintak maaf ngan dia. Mana taw, ko akan mati malam ni" 
Terima kasih utk air milo panas ngan biskut untk aku alas perut sebelum makan ubat. 



Thursday 20 October 2011

Muammar Ghadaffi-Dari Kaca Mata Seseorang Yang Tidak Mengenalinya.



Muammar Ghadaffi
Dilaporkan telah terbunuh
Di tanah tumpah darahnya
Bandar Sirte, Libya.
Ini janji beliau, dan beliau kotakan
Untuk terus berjuang dan mati di Libya

Ghadaffi seorang pemimpin yang sangant unik
Ketika pemimpin2 lain memilih untuk menginap di hotel2 mewah
Saat melakukan lawatan ke luar negara
Tapi beliau tetap dengan tradisinya
Menginap di khemah ala2 badwi.
Beliau sentiasa dikawal oleh pengawal peribadi perempuan
Yang sentiasa menjadi perdebatan umum. 
Tapi, itulah uniknya Muammar Ghadaffi.... 

Beliau dicatatkan sebagai salah seorang pemimpin yang paling lama memerintah
42 tahun, bermula pada tahun 1969 selepas menggulingkan Raja Idris
Tapi, menjelang hari raya, negara pimpinan beliau jatuh ke tangan pemberontak
Dengan bantuan AS dan NATO
Rasa2nya lah, kalau tanpa bantuan kedua-duan kafir- laknatullah itu,
Akan tumbangkan Ghadaffi?

Terus terang saya cakap
Saya hormati beliau
Beliau salah seorang pemimpin Islam yang berani menentang Barat
Perjuangannya menentang Barat sentiasa konsisten.

Bagi rakyat Libya, ini jasa Ghadaffi yang dilupakan (tribute to YB Zul Nordin) 

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan skim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;


Tapi, kalau berita yang diterima ini sahih
Semua kenyataan di atas hanya tinggal sejarah.
Dunia Islam kehilangan seorang panglima

Istana seorang pemimpin 
Tiada lagi senyuman seorang 'SINGA"

  Saya harap
Kerajaan baru NTC Libya
Tidak akan tunduk pada Barat
Sebagaimana yang dilakukan oleh
Seorang yang bergelar KOLONEL MUAMMAR GHADAFFI 

p/s: Ke mana saja Muammar Ghadafi pergi, beliau akan kerap mengenakan pakaian tradisi Libya. Bangganya beliau dengan bangsanya. Kita? Hanya bangga di mulut.
Amin ...............



Wednesday 19 October 2011

Jom!!!! Maen Ujan..........

Semalam ujan
Ari nie pun ujan
Esok pun, mintak2 lh ujan.

Apa ada pada ujan?
Best oooo maen ujan
Terimbau kenangan zaman budak2 dlu
Bila hujan trun jer
Kitorang terus turun ke bawah
Ada yang keluar ikut pintu
Yang kluar ikut tingkap pun ad jugak

Maen kejar2
Sengaja jalan hentak2 kaki
Nak sruh air memercik
Pastu mandi hujan di cucuran atap
Sambung maen kejar2 balik
Sampaikan ad yang telanjang bulat
Dah tak de rasa malu pun
Yang ada
Cuma rasa seronok maen hujan
Indahnya saat tu.

sekadar gambar hiasan.hehehhee   

Sekarang smua dah besar
Kalau ad budak2 pn
Smuanya dah cerdik
Tak ada lg kanak2 berkejaran dalam hujan
Takde lagi hilai tawa gelakkan satu sama laen 
Takde lagi sorakan bila hujan turun
Ermmmmmmm
Mereka dewasa tak seiring waktu.


Sekarang
Baek kanak2, baek dewasa
Smua takut ngan hujan
Kilat lh
Hujan asid lah
Sakit kepala lh kalau kena hujan
Smua nk lari dari ujan 

I pun takut ngan ujan, you....  

ANDAI DAPAT...KUUNDURKAN PUTARAN DUNIA.....


Tuesday 18 October 2011

Adik Tunggu Mak Di Syurga!!!!!


Mak
Adik pergi dulu
&
Adik akan tunggu mak di syurga!!!!!

Tapi,
Perlu ke adik tunggu mak kat sana?
Berbaloi ke?

Apa-apapun, mak
Terima kasih sebab lahirkan adik
Walaupun adik hanya mampu melihat dunia buat seketika cuma

Terima kasih sebab 'belai' adik
Apa yang pasti, adik dah dijanjikan syurga
Tapi, mak?

Adik sayang Mak!!!! 


p/s: Gambar bayi yang dikelar dengan pisau pemotong sayur oleh ibunya yang berusia 16 thun disebabkan pihak keluarga lelaki tidak mahu menerima anak yang dikandungnya.

Monday 17 October 2011

B.B.B (Blog Bertukar Baju)

Selesai!
Blur
Acu cuba try test style baru.
Sebab dah tak ade kerja sangat nak buat.
So, habiskan masa shopping untuk blog.


--------------------------------------------------------------------------------

Sunday 16 October 2011

Filem: 3/4 ALAM



SEBUAH FILEM TERBITAN DR ROZMAN

Cerita ini mengisahkan 
tentang 6 sekumpulan remaja (remaja ke korang?)
yang melakukan trip ke pulau lagenda
Pulau Langkawi.

Kisahnya bermula apabila mereka disediakan sebuah van
yang dipercayai berpenunggu.

Dibarisi oleh para pelakon handalan tanah air

Pelakon utama: Nurasyikin bt Alias (ekin mawa) 
Pelakon pembantu: Hazirah bt Alias (azie abdillah)
Pelakon tambahan: Nasmiza bt Mat Nasir (kak nas)
Watak antagonis: ..................
'Cameraman' merangkap suara latar: Ahmad Sharil Hafiza (shasha)
Wardrobe: Mohd Ikhwan (ketegaq)
Logistik: Wan Mohd Hud (abe we)

 Antara babak yang akan dinantikan oleh penonton:
"aku dah lah lemah bab2 ular ni, bengong"
serta
mengimbas kembali cara gelak jin dalam Ahmad Albab yang dialihkan suara oleh Shasha 


"PABILA VAN DIJADIKAN KENDERAAN, ADA YANG MERUNGUT" 

Nantikan kemunculan filem ini di halaman2 rumah anda...
 Bukan janji tapi pasti.........

p/s: cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tiada kena-mengena dengan yang masih hidup atau meninggal dunia. 
(ckp ore ggnu, pok2 mu keno lebong blake) 





Saturday 15 October 2011

Pabila IBLIS Menjelma!!!!!!!!!!!

Maaf!!!!
Tajuk entri ni mungkin kasar bunyinya.
Tapi, ini sekadar luahan rasa marah, sakit hati dan benci,
Dengan seorang manusia
Berhatikan IBLIS..

Sebelum ni, kita dikejutkan dengan peristiwa di Petknode
Tapi, peristiwa itu berpunca disebabkan sifat tamak.
Peristiwa hari ini
Langsung tak didorong oleh sifat tamak haloba,
Tetapi didorong oleh sikap iri hati, busuk hati

Persoalannya,
Kenapa haiwan yang tak berdosa dijadikan mangsa?
Mangsa untuk melampiaskan amarah seekor IBLIS.


Perhatikan betul-betul.
Apakah semua ini?
Ini adalah makanan kegemaran anda,
kalau anda seekor KUCING.
Tapi, ada yang tak kena dengan nasi bercampur ikan rebus ni.
Apa?
Nasi tersebut telah dicampurkan dengan RACUN TIKUS
YA!!!!!!!
RACUN TIKUS.

AKIBATNYA? 
Korang tengok sendiri. 


3 ekor kucing mati
Dalam keadaan yang penuh azab.
Kenapa mereka yang jadi mangsa?
Barangkali pemikiran si IBLIS tu jauh lebih rendah daripada kucing-kucing ini,
Mungkin.

Terus terang saya cakap,
IBLIS tu jiran kami
Baru pindah bersebelahan rumah kami
Kenapa kau sanggup buat macam tu.
Tak ada ke perasaan kasihkan binatang?
Mana pergi nya hati engkau? 

Sebelum ni, kau pukul kucing-kucing ni.
Sekarang?
Kau dah tergamak racun kucing-kucing ni.

Kau...
Kalau kau tak boleh nak 'adapt' dengan persekitaran kampung
Lebih baik kalau kau tinggal kat Planet Nameck
Nak suruh kau tinggal kat dalam gua,
Takut dikatakan menghina Flinstone pulak.
Sebab Flinstone jauh lebih bertamadun dari kau.

Aku harap dan aku doakan
Supaya kau mandapat balasan yang setimpal
Atau mungkin lebih teruk daripada azab yang diterima oleh kucing-kucing tu sebelum mereka mati
Kau kena ingat.
Kucing-kucing ni juga makhluk Allah
dan Allah itu Maha Adil.

p/s: Kucing-kucing tu memang kucing peliharaan kami, tetapi mereka pada asalnya adalah kucing buangan yang kami kutip dan kami jaga. Kucing-kucing ni bebas bermain sebelum kedatangan IBLIS tu.
Wallahuallam.......... 



Friday 14 October 2011

Pak Pandir!!!!!!

One night, 
Pak Pandir's neighbours heard a frightful noise coming from Pak Pandir's house.
The next morning they ask him,
"What was the frightful noise last night?
It sounded like someone falling down the stairs?"

"Oh yes, my pants fell down the stairs,"
replied Pak Pandir.
"Can pants make such a loud noise?"
asked the neighbour.
"IF YOU WERE IN THEM LIKE I WAS, THEN YES".


oooooppppsssss



Thursday 13 October 2011

Boring Time!!!!!!!!!!!!!!

Baru je lepas khatam 'Kami The Movie'
Buat kali ke berapa, entah.
Sebuah filem yang 'best'
Tak klise
Tak boleh 'predict' penghujungnya
No happy ending

Tak macam kebanyakan filem Melayu yang lain
Permulaan dan pertengahan cerita penuh dengan konflik
Akhirnya, 'confirm happy ending'
Plot filem Kami The Movie ni memang menarik
Penghujung yang anti klimaks
Abu mati
Dorang dah tak berapa rapat
Sophie sambung 'study' 
Adi masih ngan baju untuk 'Vanila Ice'nya
Ali ngan Lyn.....
Tak tahu kesudahan 

Kami The Movie berbeza sangat
Tak 'boring' walaupun dah berkali-kali tengok
Suka tengok Adi
Yang lain pun tak mengecewakan
Pandai bawa permatakan masing-masing
Terutama sekali
Tentulah Bob (Zahiril Adzim)


Sape yang dah tonton, baguslah
Sokong industri filem kita.
Sapa yang belum, sekarang dah tak tayang kat pawagam lagi
Cari CD
Tak pun, muat turun
Tak pun, mintak dengan rakan


Sekadar untuk tatapan

Wednesday 12 October 2011

R.I.P Steve Jobs?



Betullah kata orang...
Sekeping gambar dapat menceritakan banyak benda
Tertarik dengan ayat ini,
"Steve Jobs dah tak ada, tapi 'job' kita untuk membantu mereka perlu diteruskan.

Apa-apa pun
Tafsir lah sendiri
Mengikut kata hati kita
Mengikut kata akal kita

Salam............. 

Tuesday 11 October 2011

Balada Terbunuhnya Beringin Tua Di Pinggir Sebuah Bandaraya

Beringin tua di pinggir jalan raya
di sebuah ibu kota yang setengah muda
ratusan tahun usianya berdiri
menadah matahari memayungi bumi
burung-burung berterbangan menyanyi
di sini rumah mereka, 
di sini keluarga bahagia 
kupu-kupu berkejaran dalam senda guraunya
anak-anak bermain di keteduhan perdunya

Tiba-tiba pagi yang hitam itu 
datanggergasi teknologi....
menyerangnya
dengan kejam membenamkan gigi-gigi besi
sehingga terdengarlah jeritan ngeri
suara Beringin rebah ke bumi.

Sampai sekarang, tiap senjakala lembayung petang
dengarlah suara Beringin mengucapkan pesan:

Selamat tinggal, 
Selamat tinggal wahai awan
  Selamat tinggal matahari
 Selamat tinggal bulan
Selamat tinggal kupu-kupu sayang
Selamat tinggal wahai burung-burung bersarang
Selamat tinggal anak-anak bermain riang.

Namaku Beringin pohon tua yang terbuang
dimusuhi oleh rancangan bernama Pembangunan.
(Allahyarham SN Tongkat Warrant)


Persoalannya 
Sampai bila? 
Pepohon mampu untuk bertahan dek kerana tuntutan PEMBANGUNAN
Jangan Sampai Alam Berbicara
Kerana
Pabila Alam Berbicara
Nescaya
Kita Akan Sengsara 

Monday 10 October 2011

Queen Control? NO!!!! NEVER

"I give you half an hour to update your blog"
Ada orang kata, itu tanda2 kawalan permaisuri.
Tapi betul ke?
Sama-sama kita fikirkan.

Orang kata,
'QC'= Takut Bini
Takut Bini= DAYUS 


Bila dihayati, 'QC' ni tak sepatutnya wujud.
QC= Derhaka
That's all.
Not more than that.
Perlu diingat,
Syurga seorang Isteri terletak di bawah tapak kaki Suami.
Bukannya,
Syurga suami terletak di bawah tapak kaki isteri.
Tak cium bau syurga bagi isteri yang derhaka.

That's all.....TQ

Bukan manusia jer kena 'QC'...hahahhahahahhaa



Sunday 9 October 2011

Bajet 2012- K.O.K



Assalamualaikum..........

Semalam, kat tempat kerja, saya ditanyakan tentang persoalan yang pada saya, soalannya teramat mudah, tetapi untuk menjawabnya, begitu susah. Hanya 1 soalan diajukan kepada saya. "Gapo pandange demo pasal bajet hok PM umum marin?" (Apa pandangan anda tentang bajet yang diumumkan oleh PM semalam (hari Jumaat)?)

Tercengang. Ironinya, saya memang tak mengikuti pembentangan bajet oleh PM kita hari Jumaat lepas. Tapi, nasib baik lah akhbar dapat membantu saya daripada menjadi manusia yang ketinggalan (pada hemat saya).
Antara intipati bajet adalah:
  1. Pendidikan percuma untuk sekola rendah dan menengah.
  2. Bantuan RM100 untuk setiap pelajar.
  3. Gaji kakitangan awam, pencen naik.
  4. Bonus untuk kakitangan awam ninimum RM500.
  5. Felda disenarai, peneroka dapat durian runtuh.
  6. Baucar buku RM200 untuk pelajar IPT.
  7. Usia bersara daripada 58 tahun kepada 60 tahun.
  8. Kenaikan gred guru lebih cepat.
  9. Had maksimum RM 400k untuk Skim Rumah Pertamaku
  10. RM500 bagi keluarga berpendapatan bawah RM3000
  11. Jaminan KWSP untuk daftar haji.
  12. Kenaikan elaun ahli parlimen. 
Ini cuma sebahagian daripada apa yang dibentangkan oleh PM tempoh hari. Kalau dilihat dan diteliti satu persatu, bajet ini memang terlalu mesra rakyat.

Bagi kakitangan awam, mereka boleh menarik nafas lega apabila begitu banyak berita menggembirakan. Baik untuk pasukan keselamatan, guru termasuklah ahli parlimen merasakan tempias nikmat bajet 2012. Bajet ini bagi saya lebih kepada bajet kebajikan. Mana tidaknya, bantuan untuk mereka dijanjikan sebanyak RM500 bagi mereka yang berpendapatan RM3000 ke bawah. Yang itu, memang saya sokong, Tetapi diharapkan penyaluran bantuan itu tidak berhadapan dengan masalah ketirisan. ( maaf cakap, kalau kat Kelantan, gaji RM3000 sebulan dah dikira bergaji besar, pada hemat saya lah)

Bagi saya, tentang elaun ahli parlimen tu, seboleh-bolehnya ditangguhkan. Lebih baik kalau peruntukan untuk ahli parlimen itu, kita salurkan kepada yang lebih memerlukan. Kalau kita baca akhbar, terlalu ramai lagi rakyat kita yang merempat, yang memerlukan bantuan. Jangan dipinggirkan mereka.

Kita abaikan yang itu. Perkara poko yang ingin saya sampaikan disini ialah tentang keluhan-keluhan orang kampung (K.O.K). Risau mereka bilamana kakitangan kerajaan diumumkan kenaikan gaji dan bonus. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kenaikan harga barangan. Kata mereka lah. Tapi, kalau diamati dan bersandarkan pada sejarah, memang itulah yang akan berlaku tiap kali kakitangan kerajaan menikmati kenaikan gaji.

Ada sesetengah orang cakap, kalau peniaga naikkan harga barang, kita boikot. Nak tanya, nak boikot apa? Nanti jawablah ya. Itu daripada 'juri-juri awam'. Daripada pihak kementerian pulak, memberi jaminan tindakan tegas akan diambil ke atas peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati. Nak tanya lagi, setegas mana tindakan tu? Nanti jawablah ya.

Persatuan-persatuan peniaga pun memberi jaminan tak akan naikkan harga barang. Ok lah. Saya yakin dengan jaminan peniaga-peniaga. Tapi, saya tak yakin bahawa harga barang tak akan dinaikkan. Tak percaya? Tunggu dan lihat.

Walauapapun yang diperkatakan, memang saya tabik dengan PM Datuk Seri Najib kerana membentangkan bajet yang pada saya, bajet paling berani dalam sejarah Malaysia dikala kita bimbang dengan keadaan ekonomi. Saya yakin, beliau yakin dengan bajetnya. Memetik kata-kata beliau, "Saya akan melakukan satu perbuatan membunuh diri dari segi politik kalau saya bentang bajet yang tak boleh dilaksanakan."
Tabik PM.


*p/s: Dengar cerita, waris pejuang kemerdekaan dulu yang terkorban dapat pampasan. Betul ke? Kalau betul, tak sia-sia  Haji Mat Sabu bangkitkan isu ni. 

Wassalam..................... 

Saturday 8 October 2011

Surat Untuk Tok Ketua!!!!!!!!


Tok Ketua,

Sekadar gambar hiasan
Salam sejahtera Tok Ketua. Apa khabar Tok Ketua sekarang? Sibuk menguruskan keadaan kampung atau masih sibuk menguruskan keadaan perut yang semakin memboroi? Walau Tok Ketua sesibuk mana sekalipun, takkan lah tak ada masa langsung untuk jenguk keadaan tanah perkuburan di hujung kampung. Kawasan tanah perkuburan dah semakin tak terurus. Semak dah semakin menyemak. Samun dah semakin menyamun. Lalang dah semakin menyilang. Lalang dan semak samun dan semakin menguasai setiap inci tanah perkuburan sehinggakan dah tak nampak macam tanah perkuburan lagi dah. Sebaliknya dah macam kawasan terbiar yang terus dibiarkan kat kampung kita. Kalau keadaan kawasan tanah perkuburan berterusan macam ni, jangankan orang, hantu pun takut nak lalu.

Tok Ketua!

Saya bukan mintak Tok Ketua pegi tebas semak samun tu. Tapi sebagai ketua kampung, Tok Ketua patut taw tanggungjawab dan tugas yang perlu Tok Ketua laksanakan. Tok Ketua boleh guna peruntukan JKKK yang selalu Tok Ketua songlap untuk mengupah orang bersihkan kawasan perkuburan tu. Namun perkara pokok yang saya nak umumkan disini bukan lah masalah lalang dan semak samun, bukan juga kawasan tanah perkuburan dah jadi port mat gian menagih dadah, tapi masalah yang saya sendiri hadapi. Masalah ni bukan baru, tapi sejak dari awal kematian saya lagi. Saya tak taw sape yang punyer angkara dan membuat cerita yang bukan-bukan. Entah sape lah yang bangang lagi bengong nak mampus yang memula sebarkan benda karut lagi mengarut ni. Saya anggap benda ni amat serius kerana menyalahi akidah dan ia wajar ditangani segera oleh Tok Ketua selaku ketua masyarakat, baik yang masih mati atau yang sedang hidup. Tok Ketua taw ke tidak apa yang berlaku di kawasan tanah perkuburan atau lebih tepat lagi pada kubur saya? Tok Ketua taw ke tidak yang kubur saya telah dikunjungi oleh orang-orang yang tongong  untuk memohon yang bukan-bukan kerana menyangka kubur saya adalah kubur wali keramat. Ada yang datang mintak nombor ekor, ada yang datang mintak harta karun dan macam-macam lagi lah. Tak ke bengong lagi tongong nak mampus punyer kerja tu? Saya rasa Tok Ketua tentu taw sebab Tok Ketua pun kaki ekor jugak. Kan?

Tok Ketua!

Tujuan saya kirim warkah separuh seram ni adalah kerana dah tak tahan lagi diganggu saban malam. Saya mintak pertolongan Tok Ketua agar membanteras perbuatan khurafat dan syirik kerana memuja serta memohon kepada yang tak sepatutnya. Takde gunanya dorang datang menerangi kubur saya dengan pelbagai cahaya sedangkan suasana kat dalam kubur hanya Tuhan saja yang taw. Takde gunanya dorang datang menyembahkan ayam panggang dan pulut kuning. Saya bukannya boleh makan benda tu semua. Sudahnya anjing liar jugak yang kenyang. Takde gunanya dorang mintak macam-macam sebab satu happa pun saya tak boleh beri. Saya bukannya wali keramat dan kalau betul kubur wali keramat sekali pun, takde apa yang dorang boleh dapat. Jadi saya harap Tok Ketua lakukan sesuatu demi memelihara akhlak manusia yang masih hidup atau memelihara ketenteraman orang yang dah mati kat kubur ni terutamanya saya.
Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
Allahyarham Wali Bin Keramat.

Tok Ketua korang ada iras2 camni? 



*p/s-credit to Ujang. (banyak pengajarannya.....jadi, lu pikirlah sendiri)

Friday 7 October 2011

BERNAFAS DALAM LUMPUR.....MAAFKAN SAYA AYAH

Maafkan saya, Ayah
Saya taw saya dah sakitkan hati Ayah
Saya taw, Ayah mesti terkesan, kan?
Atas apa yang dah saya lakukan
Betapa saya seorang anak yang langsung tak taw diuntung
kan, Ayah?

Ayah
Saya taw, Ayah mesti tengah marahkan saya
kan, Ayah?
Mesti ayah rasa kecewa sangat ngan saya
betul tak, Ayah?
Sebelum ni, Ayah tak pernah ambik hati ngan apa yang saya lakukan
Mungkin sebab tu, saya dah jadi macam orang yang lupakan diri
Kan, Ayah, kan? 

Tapi sekarang
Mungkin saya dah melampaui batas
Betul tak, Ayah? 


Ayah
Saya bukan tak nak tunaikan permintaan Ayah,
Tapi.........
Pengalaman lalu mengajar saya
Pengalaman lalu mendewasakan saya
Saya tak nak pisang berbuah dua kali. Ayah 
Saya tersepit, Ayah 
Nak ditelan mati mak
Nak diluah mati bapak 

Ayah
Saya taw, Ayah masih marahkan saya 
Saya taw, Ayah tak boleh nak cakap ngan saya buat masa sekarang
Begitu jugak ngan saya, Ayah
Saya tak kuat untuk berdepan ngan Ayah
Saya tak boleh tengok muka Ayah
Bila tengok muka Ayah
Rasa bersalah bersarang dalam hati

Ayah
Sebab tu, saya gunakan medium ni
Bukan untuk membuka pekung kita, Ayah
Tapi, sekadar untuk menzahirkan PENYESALAN saya 
Juga
Sebagai PENGAJARAN kepada yang laen
Untuk tidak mengikut jejak langkah saya
Betapa berdosanya, saya
Ayah, kan?

Ayah
Saya harap
Kita sama-sama boleh lupakan peristiwa tadi
Saya tak nak
Disebabkan orang lain
Hubungan kita anak beranak
Jadi renggang 

Saya harap
Bila bangun jer dari tido pagi esok
Semuanya akan kembali normal
Tapi
Saya lebih harapkan supaya hari ni
boleh dipatah balik
Untuk saya tebus balik segala apa yang berlaku
Namun
Saya taw
Semua tu tak akan berlaku

Maafkan saya, Ayah
Maafkan saya
Ayah, tolong maafkan saya
Saya mintak maaf sangan-sangat ayah
Maafkan saya
MAAF
.......................................................................................................................................................... 



Thursday 6 October 2011

Kembalikan HOT & SPICY

Lambang apa ni?  

Pernah tengok lambang kat atas tu? Mesti pernah kan. Kalau yang tak pernah tengok tu, bawak-bawaklah keluar ke bandar.

Itu lambang die jer. Ari ni, 'dinner' ngan benda ni. Biasalah, hidup sorang. Bujanglah kiranya tu. So, makan ala kadar jer. Hari-hari bantai nasi, muak jugak kan? Ntah-ntah nasi tu pun dah muak tengok kita. Hahahaha

Menu biase kalau g KFC, semestinya 'snack plate'. Senang. Beratur. Cakap kat pelayan tu, 1 snack plate take away. Then, blah. Tak payah pikir panjang2 nak tambah apa.


Hidangan 'snack plate'. 2 ketul ayam + mashed potatoe + air pepsi. Coleslaw taruk dalam peti ais.

Tapi, serius cakap. Hidangan baru KFC ni kurang memberangsangkan. Korang dah try menu baru KFC? 'Tom Yam Crunch'? Menu ni ganti Hot & Spicy. So, Hot & Spicy dah x de dah. Tapi, Bila makan Tom Yam Crunch ni, kita plak yang 'hot'. Mana taknya, rasa tom yam tu, kejap ada, kejap tak de. Kalau macam tu, baek makan biskut. Ye dak?

So, kepada pihak pengurusan tertinggi KFC yang bertanggungjawab untuk mengubah resipi ni, TOLONG KEMBALIKAN HOT & SPICY. Tom Yam Crunch ni boleh dikekalkan, tapi kembalikan Hot & Spicy. Sebab pada saya, Hot & Spicy lagi mesra selera.

salam...... 

Wednesday 5 October 2011

KISAH PEMANDU TERLAMPAU

Assalamualaikum.......

Balik kerja tadi, jalan jem selepas 'traffic light' Tendong. Dah lah bawak kete Proton 'Sauna' ari ni. Ari plak panas. Ditambah dengan jalan jem plak. Dalam otak dah datang macam2 fikiran negatif. Kalau bukan sebab abang2 ngan kakak2 polis yang tengah buat 'road block', msti kemalangan kat depan tu. Bila dah sampai dekat, alih2 betul daaa sangkaan ku. Ada kemalangan. Proton Waja buat janji temu ngan Proton Iswara kat tengah2 jalan. Oleh sebab itu, jalan sempit semakin "terbuka". Itulah yang menyumbang kepada jem tanpa roti. Tak dapat dipastikan bagaimana keadaan pemandu kedua2 kereta tersebut. Tapi kalau dilihat pada keadaan kereta, nampak macam teruk. Sama2 lah kita doakan supaya pemandu2 kereta tersebut selamat. Amin....

Bila dah tengok, kadang2 terfikir jugak. Kenapa? Orang kata, penyebab kepada kemalangan adalah kelajuan, memotong, tak guna lampu signal dan bermacam2 lagi. Tapi, betul ke? Itu je ke penyebabnya?

Pensyarah saya di UiTM Perak pernah cakap. Faktor kemalangan adalah disebabkan pemandu dan juga kenderaan. Dulu, masa heboh bilamana kerajaan nak kereta yang lebih daripada 15 tahun hayatnya dihapuskan, ramai orang bantah. Diorang kata, tak semua rakyat Malaysia mampu untuk beli kereta baru. Tapi, dalam banyak bantahan tu, pensyarah saya mengatakan bahawa beliau sokong sekiranya kereta yang sydah lanjut usia dilupuskan. Kenapa?

Sebabnya mudah. Kereta yang dah lanjut usia ni, prestasinya (omputih kata, performance) memag sangat2 kurang memberangsangkan. (Laen lah kalau yang sudah di'modified'). Paling laju pun, 80 km/j. Kalau bawak kereta lama ni, dengan kelajuan 80km/j, bergegar dashboard. Silap haribulan, 'dashboard vibration' tu jauh lebih hebat daripada gegaran mana2 kerusi urut. Tak gitu?

Baek. Itu satu masalah. Yang menambahkan masalah pada permasalahan kereta lama ini adalah pemandunya. Cuba dok tepi jalan, bilang, berapa ramai anak muda yang bawak kereta lanjut usia ni? Boleh dibilang dengan kuku. Biasenya sapa yang pandu kereta lama ni? Mereka yang veteran. Kan? Sebab apa? Sebab 'hanya jauhari yang kenal manikam' Hahahha

Tapi, masalahnya sekarang ni adalah, atuk2 ngan nenek2 kita ni bawak kete macam dorang je yang nak gunakan jalanraya kat Malaysia ni. Tu mesti sebab diorang ingat, seluruh rakyat Malaysia ni berpegang pada prinsip "yang tua dihormati". 20km/j untuk laluan yang memperuntukkan kelajuan 60km/j. Logik tak? Tambah masalah ialah, anak2 muda kita ni berdarah ikan paus. Darah panas. Dalam fikiran mereka, nak cepat jer. Sebab itu, bila tengok 'kura2' kat depan, si 'arnab' ni terus nak potong. Dah tak pikir apa dah. Janji dorang boleh potong. Kalau lepas, selamat lah. Cuba bayangkan kalau tak lepas, macam mana? Selamatlah 'tinggal'.
Jadi, betul tak apa yang dikatakan oleh pensyarah saya tu? Kita potong sebab kereta depan terlalu perlahan. Bukan nak tuding kat sapa2. Sebab tukang taip ni pn, 2x5, 5x2 jer. Sebab tu, biarlah kita sama2 muhasabah diri.

Atuk bersuara ni bukan apa. Dan terlalu banyak kemalangan yang berlaku kat negara kita ni. Padahal, negara kita telah diiktiraf sebagai negara yang mempunyai jaringan jalan raya yang paling selamat di dunia. tapi, masalah kemalangan tak juga selesai.  Bukan apa. Tapi mengikut statistik kadar kematian jalanraya Forum Pengangkutan Antarabangsa menobatkan Malaysia sebagai juara daripada nisbah bilangan kematian bersandarkan kepada 100,000 penduduk. Tak caye? Tengok ni...Ini statistiknya.


1. Malaysia    – 23.8
 2. Argentina   – 18.4
 3. Greece      – 13.8
 4. Cambodia    – 12.6
 5. Korea       – 12.0
 6. Poland      – 12.0
 7. US          – 11.1
 8. Lithuania   – 11.0
 9. New Zealand – 8.9
 10. Belgium     – 8.9
 11. Czech Rep   – 8.6
 12. Slovenia    – 8.4
 13. Hungary     – 8.2
 14. Portugal    – 7.9
 15. Italy       – 7.9
 16. Austria     – 7.6
 17. Luxembourg  – 7.2
 18. Australia   – 6.9
 19. France      – 6.9
 20. Canada      – 6.3
 21. Spain       – 5.9
 22. Denmark     – 5.5
 23. Ireland     – 5.4
 24. Iceland     – 5.3
 25. Finland     – 5.3
 26. Germany     – 5.1
 27. Japan       – 4.5
 28. Switzerland – 4.5
 29. Norway      – 4.4
 30. Israel      – 4.2
 31. Sweden      – 3.9
 32. Netherlands – 3.9
 33. UK          – 3.8
Statistik kematian jalanraya Forum Pengangkutan Antarabangsa untuk setiap 100k penduduk


Ulasan yang selebihnya? Korang pikirlah sndri. Pandai2lah korang tokok tambah.  

Oleh itu, kita sama2 fikir, wajar ke kalau kita teruskan dengan cadangan pelupusan kereta 15 tahun ke atas. Jepun dah buat. Kita, bila lagi? Tapi, sebelum buat keputusan, kaji lh jugak tentang harga kereta. Amacam, setuju?



Tak dapat bayangkan kalau jalan raya kat Malaysia macam ni. Agak2 koranglah, berapa orang setahun?

Tuesday 4 October 2011

KORANG ADA?

Assalamualaikum.....

Hari ini, atuk tak ada benda nak dibebelkan. Rasanya baru semalam atuk membebel kes pembuangan bayi. Hari ni, keluar pulak kat 'paper', mayat bayi dijumpai di dalam longkang selepas dibuang dari tingkat 2. Seksanya kematian bayi tu. Tapi tak apa lh, syurga jaminan untuk bayi2 malang itu. Mak bapak die pulak? Lu pikrilah sndri. Manusia jenis ni boleh dikategorikan sebagai manusia yang BANGANG LAGI BENGONG NAK MAMPUS yang tanpa segan silunya sanggup buat benda KARUT LAGI MENGARUT NI. TOLEL, katanya salah seorang kawan atuk.

Cukuplah kita bersedih. Perasaan tu memang takkan hilang. Tapi, atuk gembira hari ni sebab barang yang atuk tunggu selama 2 minggu ni, atuk dah dapat.Apa die? Haaaaa......barang 'rare' pnyer beb. Hahahahha

Selepas 2 minggu tempahan melalui khidmat pesanan ringkas atuk hantar, akhirnya barang tu sampai ke tangan atuk hari ni. Barangnya adalah......key chain and fon chain (betul ke orang panggil fon chain? lantaklah)
Mungkin korang akan cakap, alaa, keychain kat kedai berlambak. Lain oooo, ni key chain jersi RED WARRIOR. Siap tulis nama atuk lagi kat key chain tu. Bukan senang2 mau buat ooo... Nak tengok? Meh kita tengok sama2.....

RED WARRIOR

Haaaaa...yang warna merah putih tu, jersi RED WARRIOR. ZIKRI tu, nama atuk. TEKUKI tu pulak nama gelaran atuk. Atuk selalu guna nama ni. Nanti lain kalilah atuk cter, macam mana boleh dapat nama TEKUKI tu. Amacam? TERBAEKK x?

Korang ad? HAHAHAHAHHAHAHAHAHHA

Monday 3 October 2011

Tidak terkata (omputih kata, speechless)

Assalamualaikum...........
Atuk dalam 'mood' sedih, terkejut, termenung sendiri. Harian Metro, Isnin, 3 Oktober 2011 bersamaan 5 Zulkaedah 1432H. Tajuk muka depan "BAYI DALAM PERIGI"..... Nak baca berita penuh? Klik link ni..
http://www.hmetro.com.my/articles/2011100302072120111003020721/Article



Dah baca? Apa kata kawan2 atuk? Dalam fikiran atuk sekarang ni, tertanya2, kenapa masih ada manusia yang tega berbuat demikian? Cukuplah lakukan hanya 1 dosa, jangan ditambah dosa ke2. Bayi itu langsung tak bersalah. Atuk tak nak salahkan sesiapa, samada pihak perempuan ataupun pihak lelaki. Nanti, pasti ramai yang akan tuding menuding, tuduh menuduh saling menyalahkan antara satu sama lain. Ini bukan apa yang kita perlukan. Kita tak perlu untuk saling salah menyalahkan. Apa yang kita perlu sekarang, pembasmian. Tak kan tak cukup lagi berita pasal buang bayi disiarkan di dada2 akhbar? Meluat atuk tengok.

TETAPI.........
Sebelum kita basmi, kita kena tahu apa yang menyebabkan masalah ini semakin berleluasa. Nampak macam negara kita tak ada undang2. Bila kita tanya orang ramai, kenapa sekarang ni bayak kes buang bayi, macam ni lebih kurang jawapan yang diberikan, "Ooo, mereka yang buang bayi tu, sebab mereka tak ada sifat KEMANUSIAAN. Mereka hilang pedoman, tak takut dosa, balasan."

Itu, bila ditanyakan sebab.kalau ditanyakan cara untuk mencegahnya, rasanya jawapan klise ni yang keluar, "pihak kerajaan mesti mengenakan hukuman yang lebih berat. Ibu bapa pulak haruslah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak2. Pengajian seks mesti diperkenalkan di sekolah untuk mendidik pelajar2 kita tentang bahayanya seks bebas." Heyyyy...jawapan itu dah terlalu biasa kita dengar. Hasilnya? Sama. Makin ramai bayi yang dibuang adalah..

Atuk nak tergelak bilamana ada yang katakan, punca masalah pembuangan bayi ni, sebab manusia hilang sifat kemanusiaan. Pada atuk, kenapa benda ni makin melarat, x de sebab laen. Sebabnya ialah.....manusia sekarang dah makin hilang 'SIFAT KEBINATANGAN' kita. Maafkan atuk. Ayat tu mungkin kasar bunyi nya. Tapi, pernah tak kita terfikir, apa reaksi ibu ayam (bkn 'ibu ayam' yang tu) bilamana kita cuba kacau anak2 die? Tak ke meradang die..Mati2 dia cba pertahankan anak2 dia. Nak buang anak2 die? Mintak simpang lah. Cuba bandingkan dengan segelintir daripada kita. Jangankan nk pertahankan, siap dibuang lagi anak tu. Ayam tu binatang. Tapi nmpak mcm ayam lebih taw tugas sebagai ibu drp segelintir kita. Maaf cakap.

Kita, selalu pandang serong pada 'MAT-MAT DADAH'. Kita kata, mereka punca jenayah makin meningkat. Mereka punca gelaja sosial makin berleluasa. Kerajaan pun nampak berhabis2an menentang puak2 'mat-mat dadah' ni.Tapi kita terlepas pandang dengan gejala 'MINAH-MINAH DEDAH'. Gejala inilah yang lebih memberi 'sumbangan' di atas peningkatan kes pembuangan bayi. Pada atuk, golongan 'minah2 dedah' patut diberi perhatian. Atuk tak boleh terima kalau ada orang katakan mereka yang menutup aurat dengan elok pun terlibat dalam kes pembuangan bayi. Kalau ada pun, itu hanya mereka yang brpura2 alim. Dengan erti kata laen, alim2 kucing. Tapi orang yang alim2 kucing ni, kita boleh 'detect' smada mereka betul2 alim, ataupun hanya berlakon. 'Musang, walau sudah berbulu ayam sekalipun, tak akan hilang musangnya'

Atuk bersuara ni, bukannya apa, sekadar nak memberi peringatan, nak meluahkan apa yang terpendam. Pada atuk, untuk menangani masalah ini, DIDIKAN AGAMA itu penting. Agama Islam, sudah terbukti 1 agama yang menyeluruh, yang mampu melahirkan umat yang taw berfikir tentang keburukan dan kebaikan. Kita sibuk nak memperkasakan Bahasa Melayu. Kita terlalu asyik untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Kita terlalu bangga dengan pengajian Sejarah kita sampaikan ada cadangan untuk menjadikan Sejarah syarat lulus SPM. Kita peruntukkan banyak masa untuk pelajar2 mendalami Bahasa Melayu. Kita sediakan lompong masa yang panjang untuk pelajar2 menguasai Bahasa Inggeris. Tapi, bagaimana denga Pendidikan Islam? Tempoh jam temunya dengan pelajar2, 5 jam seminggu. 5 jam seminggu? 5 jam? Seminggu? Ermmmmmmm!!!!!!!!!  DIDIK PELAJAR...TERDIDIK GENERASI. TERDIDIK GENERASI, KURANGLAH PEMBUANGAN BAYI...InsyaAllah.........

EPL-Kita 'usha' Spurs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...