Sahabat Selamanya

Sunday 23 October 2011

Hina Seorang Penjasa

Jenazah Muammar Ghadaffi di tayang di pusat beli belah
Kenapa begitu bodohnya rakyat Libya?
Kalaupun Muammmar Ghadaffi seorang diktator kejam
Setidak-tidaknya Allahyarham masih mempunyai hak 
Hak sebagai seorang Islam 
Untuk kita hormati jenazahnya.


Tewasnya seorang 'singa' Islam di tangan Barat dan Yahudi
Tetapi, kita sebagai umat Islam yang terlebih menyambutnya
Kenapa sampai begitu hinanya bekas pemimpin ini diperlakukan

Kalaulah rakyat Libya rasa bahawa penderitaan mereka akan berakhir selepas era Ghadaffi
Saya rasa, mereka membuat pertimbangan yang silap
Kematian Ghadaffi hanya akan memandu Libya ke arah perang saudara yang lebih teruk
Lihat saja di Iraq
Saddam Hussin telah lama digantung sampai mati
Tetapi, rakyat Iraq tidak mampu hidup dengan aman
Begitu juga dengan Afghanistan
Taliban telah digulingkan sejak 2001
Tetapi, Afghanistan tetap bergolak.

Lupakah mereka
Pada projek yang diilhamkan oleh Muammar Ghadaffi?
Projek yamh memungkinkan untuk membolehkan rakyat Libya bertani
Di sebuah negara padang pasir yang tandus
Lupakah mereka siapa yang memulakan projek 
'Great Man-made River'
Yang pada sesetengah orang 
Mengkategorikan projek ini 
Sebagai Keajaiban Ke-8 Dunia

Great Man-Made River Project 

Ghadaffi mungkin seorang diktator
Tetapi
Ghadaffi jugak yang memandu 'bulldozer'
Merempuh tempok penjara
Untuk membebaskan 400 tahanan.
Lupakah rakyat Libya?

Lupakah Rakyat Libya?
Pemimpin negara mana yang menyuruh 500 wanita untuk memeluk Islam?
Mereka turut dibejkalkan dengan Al-Quran
Kalaulah saya merupakan salah seorang rakyat Libya,
Saya pasti merasa sangat bangga.

Itu hanyalah sekelumit jasa Ghadaffi
Tak perlulah diperingatkan kembali
Kerana rakyat Libya juga sudah lupa!!!!  

Kadang-kadang tertanya sendiri
Kenapa nate NATO tidak melancarkan operasi di Syria dan Yaman?
Sedangkan kerajaan Ali Abdullah Salleh
&
kerajaan Bashar Al-Assaad juga memerangi penunjuk perasaan?
Tepuk dada, tanya iman

p/s: fikiran melayang. Otak sentiasa teringatkan Muammar Ghadaffi, tapi tak tahu kenapa.
Hati berkata "cis, dapat juga Barat ngan Yahudi laknatullah bunuh Ghadaffi".

Al-Fatihah untuk seorang MUAMMAR GHADAFFI dan pejuang-pejuang Islam yang terkorban semasa mempertahankan Libya dari jatuh ke telunjuk Barat

1 comment:

  1. kenapa pemikiran manusia zaman sekarang amat cetek skali....soal kematian seorang penjasa dan pernah mntadbir negara diperlekehkan begitu skali.....ya allah.....allahuakbar...sedih mengenangkan kematian seorang penjasa.....semoga aman arwah disana..amin...

    ReplyDelete

Apa Kata Korang?....jom KITA kongsi....

EPL-Kita 'usha' Spurs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...