Sahabat Selamanya

Thursday 20 October 2011

Muammar Ghadaffi-Dari Kaca Mata Seseorang Yang Tidak Mengenalinya.



Muammar Ghadaffi
Dilaporkan telah terbunuh
Di tanah tumpah darahnya
Bandar Sirte, Libya.
Ini janji beliau, dan beliau kotakan
Untuk terus berjuang dan mati di Libya

Ghadaffi seorang pemimpin yang sangant unik
Ketika pemimpin2 lain memilih untuk menginap di hotel2 mewah
Saat melakukan lawatan ke luar negara
Tapi beliau tetap dengan tradisinya
Menginap di khemah ala2 badwi.
Beliau sentiasa dikawal oleh pengawal peribadi perempuan
Yang sentiasa menjadi perdebatan umum. 
Tapi, itulah uniknya Muammar Ghadaffi.... 

Beliau dicatatkan sebagai salah seorang pemimpin yang paling lama memerintah
42 tahun, bermula pada tahun 1969 selepas menggulingkan Raja Idris
Tapi, menjelang hari raya, negara pimpinan beliau jatuh ke tangan pemberontak
Dengan bantuan AS dan NATO
Rasa2nya lah, kalau tanpa bantuan kedua-duan kafir- laknatullah itu,
Akan tumbangkan Ghadaffi?

Terus terang saya cakap
Saya hormati beliau
Beliau salah seorang pemimpin Islam yang berani menentang Barat
Perjuangannya menentang Barat sentiasa konsisten.

Bagi rakyat Libya, ini jasa Ghadaffi yang dilupakan (tribute to YB Zul Nordin) 

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan skim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;


Tapi, kalau berita yang diterima ini sahih
Semua kenyataan di atas hanya tinggal sejarah.
Dunia Islam kehilangan seorang panglima

Istana seorang pemimpin 
Tiada lagi senyuman seorang 'SINGA"

  Saya harap
Kerajaan baru NTC Libya
Tidak akan tunduk pada Barat
Sebagaimana yang dilakukan oleh
Seorang yang bergelar KOLONEL MUAMMAR GHADAFFI 

p/s: Ke mana saja Muammar Ghadafi pergi, beliau akan kerap mengenakan pakaian tradisi Libya. Bangganya beliau dengan bangsanya. Kita? Hanya bangga di mulut.
Amin ...............



No comments:

Post a Comment

Apa Kata Korang?....jom KITA kongsi....

EPL-Kita 'usha' Spurs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...