Sahabat Selamanya

Sunday 9 October 2011

Bajet 2012- K.O.K



Assalamualaikum..........

Semalam, kat tempat kerja, saya ditanyakan tentang persoalan yang pada saya, soalannya teramat mudah, tetapi untuk menjawabnya, begitu susah. Hanya 1 soalan diajukan kepada saya. "Gapo pandange demo pasal bajet hok PM umum marin?" (Apa pandangan anda tentang bajet yang diumumkan oleh PM semalam (hari Jumaat)?)

Tercengang. Ironinya, saya memang tak mengikuti pembentangan bajet oleh PM kita hari Jumaat lepas. Tapi, nasib baik lah akhbar dapat membantu saya daripada menjadi manusia yang ketinggalan (pada hemat saya).
Antara intipati bajet adalah:
  1. Pendidikan percuma untuk sekola rendah dan menengah.
  2. Bantuan RM100 untuk setiap pelajar.
  3. Gaji kakitangan awam, pencen naik.
  4. Bonus untuk kakitangan awam ninimum RM500.
  5. Felda disenarai, peneroka dapat durian runtuh.
  6. Baucar buku RM200 untuk pelajar IPT.
  7. Usia bersara daripada 58 tahun kepada 60 tahun.
  8. Kenaikan gred guru lebih cepat.
  9. Had maksimum RM 400k untuk Skim Rumah Pertamaku
  10. RM500 bagi keluarga berpendapatan bawah RM3000
  11. Jaminan KWSP untuk daftar haji.
  12. Kenaikan elaun ahli parlimen. 
Ini cuma sebahagian daripada apa yang dibentangkan oleh PM tempoh hari. Kalau dilihat dan diteliti satu persatu, bajet ini memang terlalu mesra rakyat.

Bagi kakitangan awam, mereka boleh menarik nafas lega apabila begitu banyak berita menggembirakan. Baik untuk pasukan keselamatan, guru termasuklah ahli parlimen merasakan tempias nikmat bajet 2012. Bajet ini bagi saya lebih kepada bajet kebajikan. Mana tidaknya, bantuan untuk mereka dijanjikan sebanyak RM500 bagi mereka yang berpendapatan RM3000 ke bawah. Yang itu, memang saya sokong, Tetapi diharapkan penyaluran bantuan itu tidak berhadapan dengan masalah ketirisan. ( maaf cakap, kalau kat Kelantan, gaji RM3000 sebulan dah dikira bergaji besar, pada hemat saya lah)

Bagi saya, tentang elaun ahli parlimen tu, seboleh-bolehnya ditangguhkan. Lebih baik kalau peruntukan untuk ahli parlimen itu, kita salurkan kepada yang lebih memerlukan. Kalau kita baca akhbar, terlalu ramai lagi rakyat kita yang merempat, yang memerlukan bantuan. Jangan dipinggirkan mereka.

Kita abaikan yang itu. Perkara poko yang ingin saya sampaikan disini ialah tentang keluhan-keluhan orang kampung (K.O.K). Risau mereka bilamana kakitangan kerajaan diumumkan kenaikan gaji dan bonus. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kenaikan harga barangan. Kata mereka lah. Tapi, kalau diamati dan bersandarkan pada sejarah, memang itulah yang akan berlaku tiap kali kakitangan kerajaan menikmati kenaikan gaji.

Ada sesetengah orang cakap, kalau peniaga naikkan harga barang, kita boikot. Nak tanya, nak boikot apa? Nanti jawablah ya. Itu daripada 'juri-juri awam'. Daripada pihak kementerian pulak, memberi jaminan tindakan tegas akan diambil ke atas peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati. Nak tanya lagi, setegas mana tindakan tu? Nanti jawablah ya.

Persatuan-persatuan peniaga pun memberi jaminan tak akan naikkan harga barang. Ok lah. Saya yakin dengan jaminan peniaga-peniaga. Tapi, saya tak yakin bahawa harga barang tak akan dinaikkan. Tak percaya? Tunggu dan lihat.

Walauapapun yang diperkatakan, memang saya tabik dengan PM Datuk Seri Najib kerana membentangkan bajet yang pada saya, bajet paling berani dalam sejarah Malaysia dikala kita bimbang dengan keadaan ekonomi. Saya yakin, beliau yakin dengan bajetnya. Memetik kata-kata beliau, "Saya akan melakukan satu perbuatan membunuh diri dari segi politik kalau saya bentang bajet yang tak boleh dilaksanakan."
Tabik PM.


*p/s: Dengar cerita, waris pejuang kemerdekaan dulu yang terkorban dapat pampasan. Betul ke? Kalau betul, tak sia-sia  Haji Mat Sabu bangkitkan isu ni. 

Wassalam..................... 

No comments:

Post a Comment

Apa Kata Korang?....jom KITA kongsi....

EPL-Kita 'usha' Spurs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...