Sahabat Selamanya

Monday 3 October 2011

Tidak terkata (omputih kata, speechless)

Assalamualaikum...........
Atuk dalam 'mood' sedih, terkejut, termenung sendiri. Harian Metro, Isnin, 3 Oktober 2011 bersamaan 5 Zulkaedah 1432H. Tajuk muka depan "BAYI DALAM PERIGI"..... Nak baca berita penuh? Klik link ni..
http://www.hmetro.com.my/articles/2011100302072120111003020721/Article



Dah baca? Apa kata kawan2 atuk? Dalam fikiran atuk sekarang ni, tertanya2, kenapa masih ada manusia yang tega berbuat demikian? Cukuplah lakukan hanya 1 dosa, jangan ditambah dosa ke2. Bayi itu langsung tak bersalah. Atuk tak nak salahkan sesiapa, samada pihak perempuan ataupun pihak lelaki. Nanti, pasti ramai yang akan tuding menuding, tuduh menuduh saling menyalahkan antara satu sama lain. Ini bukan apa yang kita perlukan. Kita tak perlu untuk saling salah menyalahkan. Apa yang kita perlu sekarang, pembasmian. Tak kan tak cukup lagi berita pasal buang bayi disiarkan di dada2 akhbar? Meluat atuk tengok.

TETAPI.........
Sebelum kita basmi, kita kena tahu apa yang menyebabkan masalah ini semakin berleluasa. Nampak macam negara kita tak ada undang2. Bila kita tanya orang ramai, kenapa sekarang ni bayak kes buang bayi, macam ni lebih kurang jawapan yang diberikan, "Ooo, mereka yang buang bayi tu, sebab mereka tak ada sifat KEMANUSIAAN. Mereka hilang pedoman, tak takut dosa, balasan."

Itu, bila ditanyakan sebab.kalau ditanyakan cara untuk mencegahnya, rasanya jawapan klise ni yang keluar, "pihak kerajaan mesti mengenakan hukuman yang lebih berat. Ibu bapa pulak haruslah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak2. Pengajian seks mesti diperkenalkan di sekolah untuk mendidik pelajar2 kita tentang bahayanya seks bebas." Heyyyy...jawapan itu dah terlalu biasa kita dengar. Hasilnya? Sama. Makin ramai bayi yang dibuang adalah..

Atuk nak tergelak bilamana ada yang katakan, punca masalah pembuangan bayi ni, sebab manusia hilang sifat kemanusiaan. Pada atuk, kenapa benda ni makin melarat, x de sebab laen. Sebabnya ialah.....manusia sekarang dah makin hilang 'SIFAT KEBINATANGAN' kita. Maafkan atuk. Ayat tu mungkin kasar bunyi nya. Tapi, pernah tak kita terfikir, apa reaksi ibu ayam (bkn 'ibu ayam' yang tu) bilamana kita cuba kacau anak2 die? Tak ke meradang die..Mati2 dia cba pertahankan anak2 dia. Nak buang anak2 die? Mintak simpang lah. Cuba bandingkan dengan segelintir daripada kita. Jangankan nk pertahankan, siap dibuang lagi anak tu. Ayam tu binatang. Tapi nmpak mcm ayam lebih taw tugas sebagai ibu drp segelintir kita. Maaf cakap.

Kita, selalu pandang serong pada 'MAT-MAT DADAH'. Kita kata, mereka punca jenayah makin meningkat. Mereka punca gelaja sosial makin berleluasa. Kerajaan pun nampak berhabis2an menentang puak2 'mat-mat dadah' ni.Tapi kita terlepas pandang dengan gejala 'MINAH-MINAH DEDAH'. Gejala inilah yang lebih memberi 'sumbangan' di atas peningkatan kes pembuangan bayi. Pada atuk, golongan 'minah2 dedah' patut diberi perhatian. Atuk tak boleh terima kalau ada orang katakan mereka yang menutup aurat dengan elok pun terlibat dalam kes pembuangan bayi. Kalau ada pun, itu hanya mereka yang brpura2 alim. Dengan erti kata laen, alim2 kucing. Tapi orang yang alim2 kucing ni, kita boleh 'detect' smada mereka betul2 alim, ataupun hanya berlakon. 'Musang, walau sudah berbulu ayam sekalipun, tak akan hilang musangnya'

Atuk bersuara ni, bukannya apa, sekadar nak memberi peringatan, nak meluahkan apa yang terpendam. Pada atuk, untuk menangani masalah ini, DIDIKAN AGAMA itu penting. Agama Islam, sudah terbukti 1 agama yang menyeluruh, yang mampu melahirkan umat yang taw berfikir tentang keburukan dan kebaikan. Kita sibuk nak memperkasakan Bahasa Melayu. Kita terlalu asyik untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Kita terlalu bangga dengan pengajian Sejarah kita sampaikan ada cadangan untuk menjadikan Sejarah syarat lulus SPM. Kita peruntukkan banyak masa untuk pelajar2 mendalami Bahasa Melayu. Kita sediakan lompong masa yang panjang untuk pelajar2 menguasai Bahasa Inggeris. Tapi, bagaimana denga Pendidikan Islam? Tempoh jam temunya dengan pelajar2, 5 jam seminggu. 5 jam seminggu? 5 jam? Seminggu? Ermmmmmmm!!!!!!!!!  DIDIK PELAJAR...TERDIDIK GENERASI. TERDIDIK GENERASI, KURANGLAH PEMBUANGAN BAYI...InsyaAllah.........

No comments:

Post a Comment

Apa Kata Korang?....jom KITA kongsi....

EPL-Kita 'usha' Spurs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...