Sahabat Selamanya

Wednesday 5 October 2011

KISAH PEMANDU TERLAMPAU

Assalamualaikum.......

Balik kerja tadi, jalan jem selepas 'traffic light' Tendong. Dah lah bawak kete Proton 'Sauna' ari ni. Ari plak panas. Ditambah dengan jalan jem plak. Dalam otak dah datang macam2 fikiran negatif. Kalau bukan sebab abang2 ngan kakak2 polis yang tengah buat 'road block', msti kemalangan kat depan tu. Bila dah sampai dekat, alih2 betul daaa sangkaan ku. Ada kemalangan. Proton Waja buat janji temu ngan Proton Iswara kat tengah2 jalan. Oleh sebab itu, jalan sempit semakin "terbuka". Itulah yang menyumbang kepada jem tanpa roti. Tak dapat dipastikan bagaimana keadaan pemandu kedua2 kereta tersebut. Tapi kalau dilihat pada keadaan kereta, nampak macam teruk. Sama2 lah kita doakan supaya pemandu2 kereta tersebut selamat. Amin....

Bila dah tengok, kadang2 terfikir jugak. Kenapa? Orang kata, penyebab kepada kemalangan adalah kelajuan, memotong, tak guna lampu signal dan bermacam2 lagi. Tapi, betul ke? Itu je ke penyebabnya?

Pensyarah saya di UiTM Perak pernah cakap. Faktor kemalangan adalah disebabkan pemandu dan juga kenderaan. Dulu, masa heboh bilamana kerajaan nak kereta yang lebih daripada 15 tahun hayatnya dihapuskan, ramai orang bantah. Diorang kata, tak semua rakyat Malaysia mampu untuk beli kereta baru. Tapi, dalam banyak bantahan tu, pensyarah saya mengatakan bahawa beliau sokong sekiranya kereta yang sydah lanjut usia dilupuskan. Kenapa?

Sebabnya mudah. Kereta yang dah lanjut usia ni, prestasinya (omputih kata, performance) memag sangat2 kurang memberangsangkan. (Laen lah kalau yang sudah di'modified'). Paling laju pun, 80 km/j. Kalau bawak kereta lama ni, dengan kelajuan 80km/j, bergegar dashboard. Silap haribulan, 'dashboard vibration' tu jauh lebih hebat daripada gegaran mana2 kerusi urut. Tak gitu?

Baek. Itu satu masalah. Yang menambahkan masalah pada permasalahan kereta lama ini adalah pemandunya. Cuba dok tepi jalan, bilang, berapa ramai anak muda yang bawak kereta lanjut usia ni? Boleh dibilang dengan kuku. Biasenya sapa yang pandu kereta lama ni? Mereka yang veteran. Kan? Sebab apa? Sebab 'hanya jauhari yang kenal manikam' Hahahha

Tapi, masalahnya sekarang ni adalah, atuk2 ngan nenek2 kita ni bawak kete macam dorang je yang nak gunakan jalanraya kat Malaysia ni. Tu mesti sebab diorang ingat, seluruh rakyat Malaysia ni berpegang pada prinsip "yang tua dihormati". 20km/j untuk laluan yang memperuntukkan kelajuan 60km/j. Logik tak? Tambah masalah ialah, anak2 muda kita ni berdarah ikan paus. Darah panas. Dalam fikiran mereka, nak cepat jer. Sebab itu, bila tengok 'kura2' kat depan, si 'arnab' ni terus nak potong. Dah tak pikir apa dah. Janji dorang boleh potong. Kalau lepas, selamat lah. Cuba bayangkan kalau tak lepas, macam mana? Selamatlah 'tinggal'.
Jadi, betul tak apa yang dikatakan oleh pensyarah saya tu? Kita potong sebab kereta depan terlalu perlahan. Bukan nak tuding kat sapa2. Sebab tukang taip ni pn, 2x5, 5x2 jer. Sebab tu, biarlah kita sama2 muhasabah diri.

Atuk bersuara ni bukan apa. Dan terlalu banyak kemalangan yang berlaku kat negara kita ni. Padahal, negara kita telah diiktiraf sebagai negara yang mempunyai jaringan jalan raya yang paling selamat di dunia. tapi, masalah kemalangan tak juga selesai.  Bukan apa. Tapi mengikut statistik kadar kematian jalanraya Forum Pengangkutan Antarabangsa menobatkan Malaysia sebagai juara daripada nisbah bilangan kematian bersandarkan kepada 100,000 penduduk. Tak caye? Tengok ni...Ini statistiknya.


1. Malaysia    – 23.8
 2. Argentina   – 18.4
 3. Greece      – 13.8
 4. Cambodia    – 12.6
 5. Korea       – 12.0
 6. Poland      – 12.0
 7. US          – 11.1
 8. Lithuania   – 11.0
 9. New Zealand – 8.9
 10. Belgium     – 8.9
 11. Czech Rep   – 8.6
 12. Slovenia    – 8.4
 13. Hungary     – 8.2
 14. Portugal    – 7.9
 15. Italy       – 7.9
 16. Austria     – 7.6
 17. Luxembourg  – 7.2
 18. Australia   – 6.9
 19. France      – 6.9
 20. Canada      – 6.3
 21. Spain       – 5.9
 22. Denmark     – 5.5
 23. Ireland     – 5.4
 24. Iceland     – 5.3
 25. Finland     – 5.3
 26. Germany     – 5.1
 27. Japan       – 4.5
 28. Switzerland – 4.5
 29. Norway      – 4.4
 30. Israel      – 4.2
 31. Sweden      – 3.9
 32. Netherlands – 3.9
 33. UK          – 3.8
Statistik kematian jalanraya Forum Pengangkutan Antarabangsa untuk setiap 100k penduduk


Ulasan yang selebihnya? Korang pikirlah sndri. Pandai2lah korang tokok tambah.  

Oleh itu, kita sama2 fikir, wajar ke kalau kita teruskan dengan cadangan pelupusan kereta 15 tahun ke atas. Jepun dah buat. Kita, bila lagi? Tapi, sebelum buat keputusan, kaji lh jugak tentang harga kereta. Amacam, setuju?



Tak dapat bayangkan kalau jalan raya kat Malaysia macam ni. Agak2 koranglah, berapa orang setahun?

No comments:

Post a Comment

Apa Kata Korang?....jom KITA kongsi....

EPL-Kita 'usha' Spurs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...