Sahabat Selamanya

Saturday 8 October 2011

Surat Untuk Tok Ketua!!!!!!!!


Tok Ketua,

Sekadar gambar hiasan
Salam sejahtera Tok Ketua. Apa khabar Tok Ketua sekarang? Sibuk menguruskan keadaan kampung atau masih sibuk menguruskan keadaan perut yang semakin memboroi? Walau Tok Ketua sesibuk mana sekalipun, takkan lah tak ada masa langsung untuk jenguk keadaan tanah perkuburan di hujung kampung. Kawasan tanah perkuburan dah semakin tak terurus. Semak dah semakin menyemak. Samun dah semakin menyamun. Lalang dah semakin menyilang. Lalang dan semak samun dan semakin menguasai setiap inci tanah perkuburan sehinggakan dah tak nampak macam tanah perkuburan lagi dah. Sebaliknya dah macam kawasan terbiar yang terus dibiarkan kat kampung kita. Kalau keadaan kawasan tanah perkuburan berterusan macam ni, jangankan orang, hantu pun takut nak lalu.

Tok Ketua!

Saya bukan mintak Tok Ketua pegi tebas semak samun tu. Tapi sebagai ketua kampung, Tok Ketua patut taw tanggungjawab dan tugas yang perlu Tok Ketua laksanakan. Tok Ketua boleh guna peruntukan JKKK yang selalu Tok Ketua songlap untuk mengupah orang bersihkan kawasan perkuburan tu. Namun perkara pokok yang saya nak umumkan disini bukan lah masalah lalang dan semak samun, bukan juga kawasan tanah perkuburan dah jadi port mat gian menagih dadah, tapi masalah yang saya sendiri hadapi. Masalah ni bukan baru, tapi sejak dari awal kematian saya lagi. Saya tak taw sape yang punyer angkara dan membuat cerita yang bukan-bukan. Entah sape lah yang bangang lagi bengong nak mampus yang memula sebarkan benda karut lagi mengarut ni. Saya anggap benda ni amat serius kerana menyalahi akidah dan ia wajar ditangani segera oleh Tok Ketua selaku ketua masyarakat, baik yang masih mati atau yang sedang hidup. Tok Ketua taw ke tidak apa yang berlaku di kawasan tanah perkuburan atau lebih tepat lagi pada kubur saya? Tok Ketua taw ke tidak yang kubur saya telah dikunjungi oleh orang-orang yang tongong  untuk memohon yang bukan-bukan kerana menyangka kubur saya adalah kubur wali keramat. Ada yang datang mintak nombor ekor, ada yang datang mintak harta karun dan macam-macam lagi lah. Tak ke bengong lagi tongong nak mampus punyer kerja tu? Saya rasa Tok Ketua tentu taw sebab Tok Ketua pun kaki ekor jugak. Kan?

Tok Ketua!

Tujuan saya kirim warkah separuh seram ni adalah kerana dah tak tahan lagi diganggu saban malam. Saya mintak pertolongan Tok Ketua agar membanteras perbuatan khurafat dan syirik kerana memuja serta memohon kepada yang tak sepatutnya. Takde gunanya dorang datang menerangi kubur saya dengan pelbagai cahaya sedangkan suasana kat dalam kubur hanya Tuhan saja yang taw. Takde gunanya dorang datang menyembahkan ayam panggang dan pulut kuning. Saya bukannya boleh makan benda tu semua. Sudahnya anjing liar jugak yang kenyang. Takde gunanya dorang mintak macam-macam sebab satu happa pun saya tak boleh beri. Saya bukannya wali keramat dan kalau betul kubur wali keramat sekali pun, takde apa yang dorang boleh dapat. Jadi saya harap Tok Ketua lakukan sesuatu demi memelihara akhlak manusia yang masih hidup atau memelihara ketenteraman orang yang dah mati kat kubur ni terutamanya saya.
Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
Allahyarham Wali Bin Keramat.

Tok Ketua korang ada iras2 camni? 



*p/s-credit to Ujang. (banyak pengajarannya.....jadi, lu pikirlah sendiri)

No comments:

Post a Comment

Apa Kata Korang?....jom KITA kongsi....

EPL-Kita 'usha' Spurs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...